The Real Of Janggut

Sunday, August 8, 2010

Elaun Pertama....

Salam.....
Apa khabar? Harap korang semua sihat di samping orang yang tersayang. Untuk pengetahuan korang,aku telah terima elaun pertama aku sejak menyertai kursus di MyIPO. Alhamdulillah.... walaupun jumlah elaun tersebut tak la sebanyak mana namun aku amat bersyukur kerana semuanya hasil titik peluh aku sendiri.. Sebelum menerima elaun ni, awal2 lagi aku dah bertekad untuk berkongsi dengan beberapa orang yang sangat aku penting dalam hidup aku.. Aku ingin berkongsi hasil titik peluh aku bersama2 dengan mereka.

Aku rasa aku tak dapat nak menyimpan untuk elaun yang pertama ni. Banyak benda yang harus aku dahulukan.. Aku sangat sangat teringin utk memberikan sedikit elaun aku kepada ibu bapa aku. Kalau korang nak tau, aku akhirnya berjaya juga memberikannya kepada ibu bapa aku.. Aku lebih prefer bagi by hand je dari bank in. Lebih afdal...
Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku dapat sms dari kakak aku, nak berpicnic di PD katanya hehehhehe.. Lama dah tak spend masa dengan family. Aku pun dengan segera bersetuju untuk join venture picnic tersebut. Hari Selasa lepas aku dah pun beralih kepada sesi Latihan Kerja di opis aku. Tiba2 aku dan beberapa orang rakan aku yang lain dipanggil oleh bos. Kami semua diarahkan untuk bertugas di satu majlis pameran yang dianjurkan oleh CIMB Bank di Midvalley.. Pameran tersebut berlangsung selama 3 hari. Aku diarahkan untuk bertugas pada hari terakhir iaitu hari sabtu lepas. Aduhhhh!!! sebaknya hati sebab kebetulan hari tu la hari aku nak pi picnic dengan family aku. Baru je plan nak balik ke kampung lepas balik dari keje. Tapi apakan daya, kena bertugas la pulak..

Hari sabtu tu aku pun menjalankan tugas yang telah diarahkan. Mak aiii!! penatnya aku nak kena bercakap dengan pengunjung2 kat majlis pameran tu. Macam2 ragam orang aku perhatikan heheheh.. Masa bertugas aku dari jam 10 pagi sampai ler 7 malam.. Haihhh masa bertugas terkenang2 jugak kegembiraan family aku berpicnic kat PD.. ermmm hilang mood rasanya.. Tapi aku tetap tak berputus asa untuk merealisasikan impian aku utk memberikan sedikit elaun aku kat mak ayah aku. Lepas selesai je bertugas, aku terus pulang ke kampung. Adehhh what do you expect midvalley hari sabtu? Penuh dengan manusia yang membanjiri Pusat membeli belah tu.. Lagi2 kat Stesen Komuternya.. Nak melalak aku rasa bila aku tgk ramai orang duk tunggu benda panjang tu.. Aku terpaksa la korbankan dua train yang melintas kat depan aku sob sob sob...

Train yang ke 3 ni memang aku dah tak bole sabar. Aku pun terus berebut2 dan berhimpit2. Akhirnya aku ditelan juga oleh benda panjang tu heheheh.. Ya ampun!!! sesak sangat keadaan masa tu.. Aku sangat simpati dengan seorang pasangan suami isteri bersama dengan anak kecilnya. Anak dorang menangis2 sebab kesesakan. Aku hanya dapat mendengar dan memandang je kejadian tu..

Akhirnya aku selamat juga smpai di Seremban. Kat Seremban, adik lakiaku dah tunggu aku untuk meneruskan perjalanan lagi setengah jam ke umah.. Sepamjang perjalanan aku membuta je. Kepenatan yang teramat sangat.. Akhirnya aku sampai juga di umah.. Sejuknya hati aku bila berjumpa dengan keluarga aku. Rasanya hilang segala masalah yang aku tanggung selama ni..

Keesokannya, aku bersama2 dengan mak aku pergi ke pekan berdekatan dengan umah aku. Tujuannya ialah?? "SHOPPING!!!!" heheheh. Lama dah aku tak bershoping dengan mak aku. Syok sangat.. Aku membeli beberapa helai baju kemeja, seluar dan juga kasut. Heheheh kalau korang nak tau, kasut aku pakai sebelum ni dah koyak tau heheheh... Dah dapat elaun baru la aku dapat beli yang baru. Puas hati juga shoping kat pekan aku tu. Walaupun tak ada barang2 yang branded tapi kualitinya bagus tau.. Murah pun murah.. hehehhehe.. Aku sempat juga belikan mak aku kain dan sepasang kasut untuk ayah aku.. Wah!!! memang rasa nak mengalir air mata bila aku dapat juga memberikan sesuatu kepada ibu bapa aku sebab selama ni dorang yang menanggung aku..

Petang tu jugak la aku nak kena bersiap2 balik ke KL.. Haihhh rasa tak puas, sehari je dapat spend masa dengan family.. Sayu hati aku.. Tapi apa bole buat kan? aku sekarang dah bekerja so kena la mendisiplinkan diri. Petang tu jugak aku balik ke KL, tumpang abang ipar ke seremban then aku balik la sendiri ke KL..

Hari ni aku sangat rasa berpuas hati sebab aku dah berjaya menyempurnakan impian aku cuma ada beberapa lagi yang belum dapat aku sempurnakan iaitu berpindah ke umah sewa yang mampu berikan aku ketenangan jiwa.. Insyaallah aku masih berusaha mencari umah sewa bersama2 dengan rakan sekerja aku... Dijangka lepas raya nanti la.. Bulan puasa pun dah nak muncul tiba.. .... insyaAllah, akan aku laksanakan impian aku tu..

Ok la korang, aku dah ngantuk ler.. Ni penangan ubat batuk kot. Lalok jadinya lepas makan ubat batuk. Maklum la, sekarang ni musim batuk so berhati2 lah ye. Jangan sampai dijangkiti.

Salam 1 Malaysia semua....


No comments:

Post a Comment