The Real Of Janggut

Tuesday, July 20, 2010

Public Speaking Daaaaaa!!!!!



Salam korang...
Haaaaaaaaa arini aku nak cerita kat korang serba sedikit lagi aktiviti aku di dalam Program Pelatih Harta Intelek.. Ok la, untuk pengetahuan korang, kesemua pelatih harus melalui kursus2 dan juga assesment yang telah disediakan pihak penganjur. Antara kursus yang telah dibuat ialah Kursus Pengucapan Awam atau dalam bahasa jawanya "Public Speaking".

Ternyata kursus ini banyak mengajar dan melatih aku untuk lebih berani berkomunikasi secara berkesan. Kursus ini sekaligus memberikan aku motivasi untuk meningkatkan diri dan juga keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai.. Korang nak tau x? masa kursus tu kitorang harus memilih idola kitorang masing2 dan memilih nama dorang sebagai nama kita.. Dengan yakinnya aku memilih Donald Trumph ye heheheh.. Lepas je pilih nama tu kitorang kena memperkenalkan diri kat khalayak ramai dengan nama tu.. Kita kena imagine idola kita tu sebagai diri kita hahahahha.. Kelakar gila.. ada yg pilih Sheila majid, amy mastura, sharifah aini dan lain2. Bila masing2 perkenalkan diri, macam2 karenah la yang kuar hehehehe..




Secara peribadi, aku memang tertarik dengan kursus public speaking ni. Sebenarnya aku ada amik subjek pengucapan berkesan masa stdy kat uitm dulu tapi aku rasa kursus ni lebih berkesan sebab aku berhadapan dengan pelbagai peringkat umur.. kitorang dapat berkongsi idea masing2..



Penceramah kami namanya En Azmi.. Beliau sangat la down to earth ye... Tapi bila mengendali kursus ni, aku pulak yang pandang down to earth dengan kehebatan dia ye... heheheheh..



ok la.... setakat ni je dulu... aku nak sambung stdy lerr..
Exam dah dekat ni... Samapai ketemu lagi...
Salam 1 Malaysia buat anda semua!!!!

No comments:

Post a Comment