The Real Of Janggut

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA!!!!!







Assalamualaikum....
Apa khabar? macam mana ibadah puasa korang ye? Harap2 semuanya ok la.. Oh ye.. arini merupakan tarikh yang sangat bersejarah bagi negara kita. Apa tidaknya, arini kan 31 Ogos 2010 dan merupakan hari ulangtahun Kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos 1957. Ini bermakna negara kita telah mengecapi kemerdekaan selama 53 tahun ye... Alhamdulillah.. Sepanjang 53 tahun negara kita mengecapi kemerdekaan, banyak pembangunan yang telah dilakukan oleh pemimpin2 negara kita sejak Pemerintahan Tun Abdul Rahman Lagi..

Aku berasa amat bertuah kerana menjadi warganegara Malaysia yang penuh harmoni ini. Sesungguhnya negara kita sangat unik kerana mempunyai pelbagai bangsa di dalam sebuah negara dan pemerintahan.Walaubagaimanpun, hari kemerdekaan kita ni kian hambar disambut oleh generasi muda dan generasi terkini.

Entah bagaimana permasalahan ini boleh berlaku di negara kita ye? Adakan kelemahan sistem pendidikan negara sendiri atau sebab2 yang tertentu. Diharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang begitu efisen. Sepanjang pemerhatian aku, aku melihat semakin kurang orang awam meletakkan bendera atau menggantungkan Jalur Gemilang di rumah ataupun di kenderaan meraka. Adakah mereka berasa malu dengan bendera negara kita?

Tambahan pula, Jalur Gemilang yang kita sanjungi selama ini telah pun dihina oleh warga Indonesia di seberang! Tidakkah kita berasa terhina? Selaku warganegara Malaysia, kita haruslah menjaga nama baik dan maruah kita. Kita seharusnya megah dengan bendera negra kita. Janganlah jadikan alasan bulan Ramadhan untuk tidak kita melahirkan semangat Patriotisme dalam diri kita. Renung2 kanlah ye..

Aku juga berasa bangga apabila bangunan di tempat aku bekerja mengambil langkah yang awal untuk menggantungkan Jalur Gemilang di sekitar bangunan. Aku berasa amat bangga.

Ok la.. dah nak berbuka puasa dah ni. Aku nak bersiap untuk berbuka.. Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53 BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA!!! Diharap agar kita akan terus mengecapi keharmonian dan keamanan Di Bumi Yang Bernama MALAYSIA ini..

Salam......

Sunday, August 29, 2010

Fantasia Musim Cinta - Iwan



Ku genggam awan kelabu
Ku gapai langit yang biru
Arah kita kian bersatu
Tinggalkan lagu rindumu

Langkah kita makin hampir
Kutahu kau menungguku
Dihujung titik menantilah aku
Alam mimpi...

Bulan bintang sang suria
Bagai saksi janji kita
Meniti hari-hari
Yang indah ini...

Gunung akan kudaki
Lautan kan aku renangi
Demi memburu mimpi
Yang pasti

Pintu kini telah terbuka
Kita pun langkah bersama
Fantasi mimpi berakhir
Cinta pun berpadu

Hari-hari yang berlalu
Menjelma bukanlah mimpi lagi
Umpama sungai dan tebing
Seiring, sehati dan sejiwa...

Kembali ~ Far East ~



Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilah ku dengan nurimanmu
Hanya kau tempat ku berserah
Mohon magfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana bumi di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari hari yang telah aku lalui
Ingin ku tinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskan lah diriku dari di belenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku ya Allah
Bimbinglah daku ke jalan redhamu
Moga sinarmu terangi hidupku
Didalam kegelapan
Aku kan kembali padamu Rabbi
Mengadapmu Ya Rabbulizzati
Segala ketentuan ku pasrahkan
Di hujung penghayatan

Wahai Tuhan yang maha pemurah...

Evanescence - Bring Me To Life (High Quality)




how can you see into my eyes like open doors
leading you down into my core
where I’ve become so numb without a soul my spirit sleeping somewhere cold
until you find it there and lead it back home

(Wake me up)
Wake me up inside
(I can’t wake up)
Wake me up inside
(Save me)
call my name and save me from the dark
(Wake me up)
bid my blood to run
(I can’t wake up)
before I come undone
(Save me)
save me from the nothing I’ve become

now that I know what I’m without
you can't just leave me
breathe into me and make me real
bring me to life

(Wake me up)
Wake me up inside
(I can’t wake up)
Wake me up inside
(Save me)
call my name and save me from the dark
(Wake me up)
bid my blood to run
(I can’t wake up)
before I come undone
(Save me)
save me from the nothing I’ve become

Bring me to life
(I've been living a lie, there's nothing inside)
Bring me to life

frozen inside without your touch without your love darling only you are the life among the dead

all this time I can't believe I couldn't see
kept in the dark but you were there in front of me
I’ve been sleeping a thousand years it seems
got to open my eyes to everything
without a thought without a voice without a soul
don't let me die here
there must be something more
bring me to life

(Wake me up)
Wake me up inside
(I can’t wake up)
Wake me up inside
(Save me)
call my name and save me from the dark
(Wake me up)
bid my blood to run
(I can’t wake up)
before I come undone
(Save me)
save me from the nothing I’ve become

(Bring me to life)
I’ve been living a lie, there’s nothing inside
(Bring me to life)

Saturday, August 28, 2010

Majlis Berbuka Puasa Kumpulan D'SETRA



Assalamualaikum korang...
haaa apa khabar ye? kita sekarang kian hampir di gerbang aidilfitri. Mesti korang semua dah tak sabar2 menanti kedatangan aidilfiri.. Korang semua dah buat persiapan untuk hari raya ke? bagi aku raya kali ni biasa2 je seperti raya2 tahun yang sudah. Tak ada perbezaanya cuma kali ini aku beraya dalam keadaan aku sudah pun bekerja. Ok lah, arini sebenarnya aku nak berkongsi dengan korang aktiviti aku dihujung minggu kali ni.

Biasalah.. aku memang menunggu2 kehadiran jumaat. Korang nak tau kenapa? Sebab aku boleh balik kampung jumpa dengan family aku la hahahaha... Tiap minggu jika ada kelapangan pasti akan aku balik ke kampung untuk beristirahat bersama family tercinta. Kebetulan pada minggu ni aku dia jemput untuk menyertai majlis berbuka puasa bersama2 dengan Kumpulan D'SETRA. Untuk pengetahuan korang, kumpulan ini merupakan kumpulan yang menggerakkan seni kebudayaan dan warisan di Jelebu ni. Kumpulan ini ditubuhkan sejak aku masih di bangku sekolah rendah lagi.

Pada mulanya, kumpulan ini terdiri daripada pelajar2 dari Sekolah Kebangsaan Teriang. Kami semua telah banyak membuat persembahan kebudayaan di seluruh Negeri Sembilan dan juga luar dari Negeri Sembilan. Kumpulan kami mula menempa nama apabila kerap kali memenangi dan dijemput untuk membuat persembahan di peringkat kebangsaan. Sedikit demi sedikit, kumpulan ini mengumpul ahli dan seterusnya menjadi satu kumpulan yang menjadi sebutan bagi pelopor aktivis kebudayaan.

Aku sangat berbangga kerana menjadi sebahagian dari kumpulan ini. Dan pada bulan Ramadhan yang mulia ini, Kumpulan kami ini telah sebulat suara untuk membuat majlis berbuka puasa. kali ini kumpulan kami sebulat suara untuk mebuat majlis berbuka ni di Hotel Sri Klawang. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Paling aku tak dapat lupakan apabila aku diberi peluang untuk memberikan sepatah dua kata kepada muka2 baru kumpulan kami mengenai sejarah penglibatan aku di dalam kumpulan ini dan juga kejayaan aku pada waktu sekarang. Aku sempat memberikan nasihat kepada adik2 baru kumpulan kami.




Kat entry ni ada la aku sertakan sekali beberapa gambar aktiviti2 yang telah dijalankan sebentar tadi. Okla nak rest la. Perut terlalu kenyang sangat nih. Macam2 dah aku telan tadi..





Selamat bersahur dan menjalani ibadah puasa!!!












Thursday, August 26, 2010

Nuzul Al-Quran





Hari ini 17 September bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Al-‘Alaq:1-5)

Musnah



Bukan maksud hatiku
acuhkan dirimu
didepan mataku
tapi ku tak bisa lupakan
saat dirimu membuat
diriku terhina


Sakit hatiku
Remuk jantungku
tuk membencimu
Musnahkan cintaku

Bukan maksud hatiku
lenyap senyumku
saat kita bertemu
tapi ku tak bisa singkirkan
enyahkan fikirku
diriku terluka


Bukan maksud hatiku
Tak bisa singkirkan
Diriku terluka

Layang-Layang Terputus Talinya

Salam....
Apa khabar korang semua? Harap2 sihat di samping insan tersayang. Arini aku nak sangat berkongsi dengan korang mengenai sebuah lagu yang banyak memberikan aku semangat dan motivasi dalam hidup aku. Berulang2 kali akan aku mainkan lagu ni untuk mendapatkan ketenangan selain daripada berdoa kepada Allah.. Lagu ni memang banyak persamaan dalam hidup aku. Aku pasrah dalam menempuhi hidup aku sekarang. Sungguh mudah kepercayaan seseorang itu lenyap dalam hidup kita.. Aku cuba untuk mempertahankan kebenaran namun keegoan yang tinggi telah menakluki hati..

Kini aku sedar, aku tak mampu untuk melawan semua itu. Biarlah ianya menjadi satu noktah hitam.. Insyaallah, suria pastikan bersinar.. Aku percaya semua itu. Aku yakin kebenaran dan keadilan pasti mengunjungi di dalam hidup aku suatu hari nanti...

Ya Allah... Kau ampunkanlah segala dosanya terhadap diri aku. Berikannya semangat dan kebahagiaan seperti mana yang beliau impikan.. Sesungguhnya Kau yang Maha Mengampuni dan Maha Adil...

Amin......







Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan
Penuh dugaan
Namun aku tetap aku
Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku

Derita oh derita
Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku berlari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya
Tapi pasti suatu hari nanti
Sinar suriakan menjelma

Wednesday, August 25, 2010

Kau Pergi

kau kata akulah segalanya
yang menyinar mekar di hatimu
kau berjanji akulah satu-satunya
yang abadi hingga ke akhirnya
kau genggam erat tanganku
kau sambut cinta suciku
kau hias indah hidupku
kau beriku bahagia
kau pergi dariku
sendiri tanpamu
mana janji-janjimu untuk setia denganku
hatiku terluka dibuai rindu padamu
manakah setia yang kau ucap dulu

maafkanku jika salahku
hulur tanganmu sambut cintaku
aku tak sanggup sendiri
kembali kasih dalam hidupku
cintaku tulus sejati
kau pergi dariku
sendiri tanpamu
mana janji-janjimu untuk berdua denganku
hatiku terluka dibuai rindu padamu
manakah cinta yang kau ucap dulu
cintamu bukan untukku





Monday, August 23, 2010

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah Pak Cik Aku..




Salam..
Hari ini 23 Ogos 2010 jam 1 petang aku mendapat SMS dari akak aku mengatakan bahawa pak cik aku yang kritikal di Hospital Seremban telah kembali ke rahmatullah.. Arwah bertarung nyawa selama 2 minggu di wad CCU kerana menderita buah pinggang yang rosak teruk..

Aku berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat menziarahi arwah buat kali terakhir kerana bertugas. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga rohnya ditempatkan dengan golongan yang beriman...

Semoga kaum keluarga arwah menerima ketentuan ini dengan penuh rasa kesabaran dan keimanan...

Al- Fatihah


Sunday, August 22, 2010

Everyday I Love You




I don't know, but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you
I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn something new
Everyday I love you

'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul.

It's a touch when I feel bad
It's a smile when I get mad
All the little things I am
Everyday I love you

Everyday I love you more
Everyday I love you

'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul

If I asked would you say yes?
Together we're the very best
I know that I am truly blessed
Everyday I love you
And I'll give you my best
Everyday I love you

Sesi Bersahur Bersama Member...




Salam...
Ok la.. setelah puas menunggu masa yang sesuai untuk bersahur, akhirnya selamat juga aku bersahur dengan rakan aku yang sorang nih.. ermm dengan berbekalkan makanan dari rumah, aku dengan gagahnya membawa ke Hotel sri Klawang untuk sahur bersama-sama dengan kawan aku..




Tepat jam 4.30 pagi, aku dan kawan aku terus gerak ke cafe hotel tersebut dan memanaskan lauk2 yang telah aku bekalkan tadi.. Lauk yang dimaksudkan ialah Ayam masak kicap, cendawan rebus dan juga ikan keli masak gulai tempoyak.. Perghhh!! terangkat beb hahahahahaha... Sebagai pencuci mulut pula ada aku bekalkan kuih tepung pelita yang dibeli kat Bazar ramadhan...




Ermm puas aku dengan kawan aku tadi melantak hahahahahaha... Kira puas hati juga la kan hehehehe.. Thanks Apek sebab provide tempat makan yang selesa hehehehehe..




Ok la... waktu imsak dah nak tiba ni.. aku pun dah kekenyangan ni...
Sampai bertemu lagi di lain entry...
Selamat Menjalani Ibadah Puasa ye....

Pak Tam Sayang Alisya




Salam...
apa khabar korang?? ok la.. sementara menunggu waktu bersahur ni aku juz nak korang semua tau yang aku rindukan anak buah aku si Izzati yang sekarang berada di samping mak dan ayah dia kat Teluk Intan nun... Ermm rindu sangat kat dia. Tapi walaubagaimanapun, kerinduan tu terubat dek keletah anak buah aku yang kedua iaitu Nur Alisya.. Buat masa ni mak aku la yang menjaga anak buah aku ni..

Alisya sekarang berusia 3 bulan lebih... ermm tak sabar nak tunggu dia berusia 1 tahun.. Nanti Pak Tam bagi hadiah kat Alisya ye...
ok la.. kita bertemu lagi di lain entry ye..
Selamat Bersahur untuk korang!!!!

Tak Mungkin Berpaling

Tidak mungkin kuberpaling lagi
Salah sangka yang direncanakan
Gelora melanda
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu

Cukup sudah hati berdarah
Usah ditambah cerita yang sudah
Di mana kekasihmu
Yang pernah kau sanjungi
Mengapa pula padaku
Menjadi pelepas ceritamu
Dan jua sepimu

Usah menabur budi
Mengharapkan simpati
Sedangkan kau menitip
Cemburu iri hati

Tak mungkin kuberpaling
Padamu yang meracuni
Rimbunan kasihku
Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
Kerana mu tak lagi mengerti hatiku

Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
Kerana fitnahmu
Walau segunung sesalmu
Tak mungkin kukembali
Cukuplah sekali
Kejelekanmu
Menggamit pilu

Tidak mungkin kumaafkan lagi
Salah sangka yang direncanakan
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu
Sepenuhnya




Mari Bersahur....

Salam...
Apa khabar korang? Diharap agar korang semua sihat walafiat.. Ok la.. arini aku nak berkongsi dengan korang pengalaman aku bersahur dengan member aku ni.. heheheeh.. weekend ni haruslah aku pulang ke kampung.. maklum la rindu kat family aku. Bukan bermaksud aku ni "homesick" tau!! Nak dijadikan cerita, aku rasa bosan la pulak tak buat apa2 kat umah lepas balik dari tarawikh.. so aku pun sms kawan aku yang bekerja kat hotel di kampung aku ni.. kebetulan dia kerja shift malam la pulak.. ermm aku pun bagi la cadangan kat dia lepak dengan dia dan bersahur sama2 hehehe.. aku pun bawa la juadah dari umah utk bersahur nanti.. aku bekalkan kawan aku sedikit makanan untuk bersahur nanti..





Sampai2 kat hotel je aku pun berborak sakan la dengan member aku nih.. heheheh macam2cerita yang kitorang sembangkan.. sempat juga bergambar heheheheh.. ternyata pengalaman ni sangat menyeronokkan.Yang bestnya ada tetamu hotel ni yang bermurah hati sedekahkan kat kitorang bubur lambuk tau.. Alhamdulillah... itulah rezeki di bulan Ramadhan Yang penuh dengan keberkatan ini..





Ok la... sampai sini dulu ye..
Ada cerita lain nanti aku kongsikan lagi..
Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak!!


Thursday, August 19, 2010

Surat Seorang Ibu




Salam.....
Apa khabar semua? macam mana dengan ibadah puasa anda? Diharap agar semuanya baik2 sahaja ye.. Pejam celik, pejam celik dah masuk 2 minggu kita berpuasa kan.. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah, setakat ini aku masih lagi mampu melakukan ibadah puasa ini.. Segalanya sungguh berlainan dari sebelumnya.. Namun aku gagahi juga semuanya..

Ok la... panjang sangat la pulak introduction aku kan heheheheh.. Berdasarkan tajuk entry aku kali ni, mesti korang mampu mentafsirkannya kan?? Dah tentulah pasal ibu kita.. Aku ada dapat satu video dari adik aku.. Setelah aku melihat video tersebut, air mata aku memang tak dapat menahan untuk berderai... Haihhh memang sedih sangat.. Aku harap aku tak tergolong daripada anak2 seperti kat dalam video tu la..

Memang hakikatnya ibubapa kita membesarkan kita untuk melihat kita berjaya, namun dengan kejayaan yang kita kecapi itu memang mudah membuatkan kita alpa terhadap tanggungjawab kita kepada mereka.. MasyaAllah... Aku berdoa kepada Allah SWT supaya aku tidak alpa dalam menjalankan tanggungjawab aku kepada ibu dan ayah aku...

Setiap kali aku selesai menunaikan solat, pasti akan aku sedekahkan doa kesejahteraan aku kepada kedua ibubapa aku yang sangat aku sayangi dan hormati.. Mereka adalah segalanya bagi aku...

Mak.... Ayah.... Pian akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mak dan ayah... Mak dan ayah dah banyak bersusah payah mengharungi saat suka dan duka tika membesarkan pian.. Kini Pian akan membalas segala jasa baik kalian..... Pian nak tengok mak dan ayah ceria dan bahagia sehingga ke akhir hayat... Amin.....



Tuesday, August 17, 2010

Salam Takziah Buat Saudaraku Di Kampung Kampai Jelebu Negeri Sembilan..

'Wan, belikan Afiq baju raya'





JELEBU: “Wan, belikan Afiq baju raya.” Ungkapan itu masih terngiang-ngiang di telinga Dahuri Md Samad, 72, membuatkan dia sedih apabila dimaklumkan tiga cucunya bersama ibu mereka terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 22, Jalan Seremban-Kuala Klawang di Bukit Tangga, dekat sini, malam kelmarin.


DOA...Khairul Affandi (terbaring) turut mengaminkan doa di pusara isteri dan anaknya.
Dahuri berkata, permintaan itu dituturkan cucunya, Khairul Afiq Khirul Affandi, 5, ketika berada di rumahnya di Kampung Kampai, Kuala Klawang, sebelum berbuka puasa pada hari sama.

“Pada masa itu dah dekat nak berbuka dan dia minta mak cik belikan baju-T dan seluar kerana tahun ini dia akan beraya di rumah mak cik (Kampung Kampai).

“Mak cik beritahu akan belikan pakaian yang diminta apabila dia pulang semula apabila menjelang hari raya nanti,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Jelebu di sini, semalam.





Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Afiq, kakaknya, Khairunnisa Afiqah, 7, adiknya, Khairul Aiqal, 12 bulan, dan ibunya, Hazilawati Abdul Halim, 34, yang juga menantu Dahuri terbunuh selepas Proton Wira dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah van.

Pemandu kereta berkenaan yang juga bapa Afiq, Khirul Affandi Shabudin, 33, parah di dada, manakala kembar Khairul Aiqal iaitu Khairul Aziq parah di kepala.

Afiq dan Khairunnisa meninggal dunia di tempat kejadian dengan mayat mereka tersepit dalam kenderaan yang remuk teruk sebelum dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat, manakala Hazilawati dan Khairul Haikal meninggal dunia di Hospital Jelebu, tidak lama selepas itu.

Dahuri berkata, cucunya pulang ke kampung bersama keluarganya pada petang Jumaat lalu untuk berbuka puasa bersama keluarganya dan mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Mak cik sedih sebab tak dapat memenuhi permintaannya membelikan baju raya.
“Sebelum bertolak balik ke Sungai Pelek, (Sepang, Selangor), petang semalam (kelmarin), kami sekeluarga sempat berbuka puasa bersama dan mereka terpaksa berpatah balik kerana anak saya (Khirul Affandi) bekerja hari ini (semalam),” katanya yang berlinangan air mata kerana kehilangan tiga cucu dan seorang menantu serentak dalam kejadian itu.

Sementara itu, bapa Hazilawati, Abdul Halim Abdullah, 64, berkata dia terkilan kerana tidak sempat bertemu Khairul Aiqal kerana dia antara cucu paling manja dan rapat dengannya.

“Boleh dikatakan setiap hari saya membawa Aiqal bersiar-siar menaiki motosikalnya sebelum dibawa pulang ke rumahnya yang tidak jauh dari rumah keluarga di Kampung Batu Empat, Sungai Pelek.

“Bagaimanapun, Jumaat lalu, apabila saya pergi untuk mengambil Aiqal, saya dapati rumah itu kosong kerana anak, cucu dan menantu pulang ke rumah di Kampung Kampai, Batu 3 Kuala Klawang.

“Saya rasa rindu sangat apatah lagi mengingatkan dia baru pandai berjalan dan sering ketawa apabila bermain dengan saya,” katanya.

Sementara itu, kakak Khirul Affandi, Siti Zaleha, 55, berkata adiknya bersama isteri dan empat anak kelihatan berselera ketika menikmati hidangan berbuka puasa beberapa jam sebelum kejadian berkenaan.

“Pada sebelah petang, mereka membeli banyak makanan di bazar Ramadan dan sangat berselera makan selain gembira kerana tahun ini mereka akan beraya di sini.

“Namun, saya tak sangka kegembiraan kami nikmati semalam (kelmarin) yang terakhir kerana empat orang kesayangan saya sudah tiada,” katanya.
Menurutnya, walaupun sedih, dia menganggap itu semua suratan takdir dan tabah menghadapinya.

Jenazah tiga mangsa yang dihantar ke Bilik Mayat Hospital Jelebu dituntut ahli keluarga pagi semalam untuk dibawa ke kampung Hazilawati di Batu 4, Sungai Pelek, Sepang, menggunakan tiga kenderaan jenazah.

Tinjauan Harian Metro mendapati suasana sedih menyelubungi perkarangan bilik mayat apabila ada ahli keluarga tidak dapat menahan sedih kehilangan orang tersayang serentak.


SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA, SEMOGA ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT...





Monday, August 16, 2010

Berkorban Demi Cinta - Hijjaz-



Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga…
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya




Sunday, August 15, 2010

Terima Kasih Tuhan






Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja-memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Terimakasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja-memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rahmat dari-MU yang kudapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku

Monday, August 9, 2010

For The Rest Of My Life - Maher Zain-



Anugerah Dari Kegagalan...




Panah Beracun!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Syair Laila Majnun...





Kau Yang Satu..



Harapan Ramadhan

Assalamualaikum.......
Apa khabar korang semua?? Harap2 sihat la hendaknya.. Aku tak berapa sihat la arini.. batuk masih membelenggu diri heheheh..

Ok la.. Dikesempatan ini aku dengan seikhlas hati ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak buat korang semua. Pejam celik je kita dah kembali ke Bulan yang penuh keberkatan ini. Sebenarnya banyak memori indah di bulan yang mulia ini. Namun semuanya hanya tinggal secebis kenangan dalam hidup aku yang akan aku jadikan bekalan untuk terus kuat menempuhi dugaan yang bakal mendatang..

Setiap Muslimin dan muslimat di muka bumi ni pasti ada harapan yang tersendiri di bulan Ramadhan kali ni kan?? Aku juga tidak terkecuali.. Harapan aku untuk bulan Ramadhan kali ini pastinya lebih besar. Aku ingin perbanyakkan lagi ibadah aku kepadaNya... Bulan Ramadhan mempunyai seribu satu hikmah yang tersendiri.. Moga ramadhan kali ini memberikan aku maghfirah dan kekuatan dalam dugaan yang bakal dan telah pun aku tempuh..

Semoga dengan segala ibadat yang bakal aku dirikan nanti mampu di terima olehNya dan dapat menghapuskan segala dosa2 aku.. Aku tidak sanggup lagi bergelumang dengan dosa-dosa yang telah aku lakukan.. Ya Allah.. Kau makbulkan harapan aku ini.....




Sunday, August 8, 2010

Elaun Pertama....

Salam.....
Apa khabar? Harap korang semua sihat di samping orang yang tersayang. Untuk pengetahuan korang,aku telah terima elaun pertama aku sejak menyertai kursus di MyIPO. Alhamdulillah.... walaupun jumlah elaun tersebut tak la sebanyak mana namun aku amat bersyukur kerana semuanya hasil titik peluh aku sendiri.. Sebelum menerima elaun ni, awal2 lagi aku dah bertekad untuk berkongsi dengan beberapa orang yang sangat aku penting dalam hidup aku.. Aku ingin berkongsi hasil titik peluh aku bersama2 dengan mereka.

Aku rasa aku tak dapat nak menyimpan untuk elaun yang pertama ni. Banyak benda yang harus aku dahulukan.. Aku sangat sangat teringin utk memberikan sedikit elaun aku kepada ibu bapa aku. Kalau korang nak tau, aku akhirnya berjaya juga memberikannya kepada ibu bapa aku.. Aku lebih prefer bagi by hand je dari bank in. Lebih afdal...
Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku dapat sms dari kakak aku, nak berpicnic di PD katanya hehehhehe.. Lama dah tak spend masa dengan family. Aku pun dengan segera bersetuju untuk join venture picnic tersebut. Hari Selasa lepas aku dah pun beralih kepada sesi Latihan Kerja di opis aku. Tiba2 aku dan beberapa orang rakan aku yang lain dipanggil oleh bos. Kami semua diarahkan untuk bertugas di satu majlis pameran yang dianjurkan oleh CIMB Bank di Midvalley.. Pameran tersebut berlangsung selama 3 hari. Aku diarahkan untuk bertugas pada hari terakhir iaitu hari sabtu lepas. Aduhhhh!!! sebaknya hati sebab kebetulan hari tu la hari aku nak pi picnic dengan family aku. Baru je plan nak balik ke kampung lepas balik dari keje. Tapi apakan daya, kena bertugas la pulak..

Hari sabtu tu aku pun menjalankan tugas yang telah diarahkan. Mak aiii!! penatnya aku nak kena bercakap dengan pengunjung2 kat majlis pameran tu. Macam2 ragam orang aku perhatikan heheheh.. Masa bertugas aku dari jam 10 pagi sampai ler 7 malam.. Haihhh masa bertugas terkenang2 jugak kegembiraan family aku berpicnic kat PD.. ermmm hilang mood rasanya.. Tapi aku tetap tak berputus asa untuk merealisasikan impian aku utk memberikan sedikit elaun aku kat mak ayah aku. Lepas selesai je bertugas, aku terus pulang ke kampung. Adehhh what do you expect midvalley hari sabtu? Penuh dengan manusia yang membanjiri Pusat membeli belah tu.. Lagi2 kat Stesen Komuternya.. Nak melalak aku rasa bila aku tgk ramai orang duk tunggu benda panjang tu.. Aku terpaksa la korbankan dua train yang melintas kat depan aku sob sob sob...

Train yang ke 3 ni memang aku dah tak bole sabar. Aku pun terus berebut2 dan berhimpit2. Akhirnya aku ditelan juga oleh benda panjang tu heheheh.. Ya ampun!!! sesak sangat keadaan masa tu.. Aku sangat simpati dengan seorang pasangan suami isteri bersama dengan anak kecilnya. Anak dorang menangis2 sebab kesesakan. Aku hanya dapat mendengar dan memandang je kejadian tu..

Akhirnya aku selamat juga smpai di Seremban. Kat Seremban, adik lakiaku dah tunggu aku untuk meneruskan perjalanan lagi setengah jam ke umah.. Sepamjang perjalanan aku membuta je. Kepenatan yang teramat sangat.. Akhirnya aku sampai juga di umah.. Sejuknya hati aku bila berjumpa dengan keluarga aku. Rasanya hilang segala masalah yang aku tanggung selama ni..

Keesokannya, aku bersama2 dengan mak aku pergi ke pekan berdekatan dengan umah aku. Tujuannya ialah?? "SHOPPING!!!!" heheheh. Lama dah aku tak bershoping dengan mak aku. Syok sangat.. Aku membeli beberapa helai baju kemeja, seluar dan juga kasut. Heheheh kalau korang nak tau, kasut aku pakai sebelum ni dah koyak tau heheheh... Dah dapat elaun baru la aku dapat beli yang baru. Puas hati juga shoping kat pekan aku tu. Walaupun tak ada barang2 yang branded tapi kualitinya bagus tau.. Murah pun murah.. hehehhehe.. Aku sempat juga belikan mak aku kain dan sepasang kasut untuk ayah aku.. Wah!!! memang rasa nak mengalir air mata bila aku dapat juga memberikan sesuatu kepada ibu bapa aku sebab selama ni dorang yang menanggung aku..

Petang tu jugak la aku nak kena bersiap2 balik ke KL.. Haihhh rasa tak puas, sehari je dapat spend masa dengan family.. Sayu hati aku.. Tapi apa bole buat kan? aku sekarang dah bekerja so kena la mendisiplinkan diri. Petang tu jugak aku balik ke KL, tumpang abang ipar ke seremban then aku balik la sendiri ke KL..

Hari ni aku sangat rasa berpuas hati sebab aku dah berjaya menyempurnakan impian aku cuma ada beberapa lagi yang belum dapat aku sempurnakan iaitu berpindah ke umah sewa yang mampu berikan aku ketenangan jiwa.. Insyaallah aku masih berusaha mencari umah sewa bersama2 dengan rakan sekerja aku... Dijangka lepas raya nanti la.. Bulan puasa pun dah nak muncul tiba.. .... insyaAllah, akan aku laksanakan impian aku tu..

Ok la korang, aku dah ngantuk ler.. Ni penangan ubat batuk kot. Lalok jadinya lepas makan ubat batuk. Maklum la, sekarang ni musim batuk so berhati2 lah ye. Jangan sampai dijangkiti.

Salam 1 Malaysia semua....