The Real Of Janggut

Sunday, April 17, 2011

Monday, April 11, 2011

KepadaMu Kekasih

Assalamualaikum kawan2 semua..

First of all i need to wish Alhamdulillah to Allah SWT sebab masih memberi peluang kepada Aku untuk terus bernafas. Alangkah indahnya aku rasa hari ini. Mungkin beberapa hari ini aku banyak menghabiskan masa bersendirian untuk bermuhasabah diri aku. Memang jelas di mata hati aku, kehidupan ini sememangnya umpama roda. Janganlah kita berasa megah apabila kita berada di bahagian atas kerana kedudukan tersebut adalah hanya untuk seketika sahaja. Lambat laun kita pasti akan jatuh.

Frankly, i do have that kinds of experience actually. Melalui pengalaman tersebut, aku garapkannya sebagai satu permulaan dalam hidup aku. Aku mula untuk mencari makna sebenar kehidupan. Yang pasti, kehidupan seseorang itu dicorak sendiri oleh mereka. Tetapi memang lumrah alam, kehidupan seseorang itu pasti terdapat sedikit gelora di sana sini yang sebenarnya hanya sekadar perencah.

Alhamdulillah, dengan keteguhan iman yang ada dalam diri aku ini serba sedikit dapat menangkis unsur-unsur yang negatif daripada terus berulang.

Untuk pengetahuan bersama, aku jadikan lagu di bawah ini sebagai satu simbol motivasi di dalam hidup aku agar aku menjadi lebih kuat di masa akan datang..






KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini


Sunday, April 3, 2011

Suci / Pure




Alangkah indah kehidupan ini
Jika saling menyayangi
Kita hulurkan persahabatan
Dengan niat suci

Alangkah indah oh jiwa nurani
Jika saling mengasihi
Tuhan tidak memandang wajahmu
Tapi di hatimu

Bersihkanlah jiwa dengan amalan
Yang mendekatkan kita kepada yang Esa
Aku redha apa yang ditakdirkan-Nya

Cinta suci yang telah engkau lafazkan
Jangan lah kau persiakan
Aku mengharapkan kedamaian hati
Bahgia bersama denganmu


Bersamalah kita berdoa
Semoga cinta kau dan aku
Bisa tembus ke pintu syurga
Berkat rahmat-Nya

Cinta yang berlandaskan suci
Tidak pernah mungkiri janji
Sama-sama menanggung rindu
Dan jujur selalu
Hingga ke akhirnya
Suci dan setia