The Real Of Janggut

Thursday, March 22, 2012

Congratulation Guyzz For The Confirmation!!




Assalamualaikum..

Hari ini aku dapat berita daripada bekas rakan sekerja aku bahawa mereka telah pun disahkan jawatan tetap di organisasi lama tempat aku berkhidmat dulu. Tahniah buat anda semua. Setelah banyak cabaran dan halangan telah mereka tempuh akhirnya apa yang mereka semua hajati tercapai juga.

Aku masih ingat lagi, mereka terpaksa mengharungi pelbagai kursus anjuran organisasi ini hanya untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan untuk mendapatkan pengesahan jawatan. Dan yang paling penting mereka haruslah lulus di dalam Peperiksaan Induksi. Aku juga sempat mengambil peperiksaan tersebut. Walaubagaimanapun, aku telah terkandas di dalam peperiksaan induksi kali pertama. Ramai juga yang terkandas.

Aku tidak patah semangat. Pada bulan Disember 2011 aku dan rakan2 yang lain telah menduduki semula peperiksaan induksi buat kali kedua. Syukur alhamdulillah aku telah berjaya.

Walaubagaimanapun ada 2 orang lagi rakanku telah terkandas. Dia adalah rakan satu department aku dan sorang lagi daripada department yang lain. Aku banyak bagi semangat kepada dia agar jangan mudah berputus asa. Dia menerimanya dengan hati yang tabah.

Selepas mendapat result induksi, aku dikejutkan dengan satu lagi surat. Aku betul2 terkjut apabila mendapati itu bukanlah surat tetapi sehelai notis. Aku diarahkan untuk ditukarkan ke department Rekabentuk Perindustrian. MasyaAllah!!! luluh hati aku apabila aku harus bertukar kurang daripada 24 jam..

Rakan satu department dan satu floor sangat berdukacita dengan notis yang telah aku perolehi. Aku tak mampu berbuat apa2 dan hanya mengikut arahan.

Jiwa aku ketika itu dah la tidak tenteram ditambah pula dengan masalah yang menimpa. Aku cukup terpukul. Selepas aku berpindah ke department tersebut aku cuba jalankan tugas dengan sebaik mungkin. namun aku memang tidak berdaya. Hati dan jiwa aku ternyata tidak di situ. Fikiran aku juga melayang-layang dek mengenangkan masalah peribadi yang telah menimpa aku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa.

Segalanya hanya tinggal kenangan. Aku harus berundur kerana jiwa aku tidak lagi untuk berada di kota yang penuh dengan pancaroba.

Buat teman-temanku. Selamat berjuang buat kalian semua. Tahniah di atas pengesahan jawatan tersebut. Terima kasih di atas doa kalian buat aku. Dan aku juga sentiasa berdoa agar kalian mampu berkhidmat dengan lebih efisen untuk menaikkan nama organisasi.






Tuesday, March 20, 2012

Nirwana Band - Sudah Cukup Sudah



Assalamualaikum...

Malam ni just nak share lagu ni debgan korang semua. Aku mula menyedari akan kehadiran lagu ni di dalam facebook. Aku rasa pelik, kenapa ramai sangat yang selalu post lagu ni di wall facebook dorang. So aku pun cuba la dengar lagu ni dan cuba hayati sendiri lirik lagu ni. Ermmm bila dengar aku jadi speechless.

Mari perdengarkan bersama...



Sunday, March 18, 2012

Demi Cinta ~ Kerispatih ~



Assalamualaikum..

Lagu ini merupakan salah satu lagu kegemaran aku daripada Kumpulan Kerispatih. Liriknya memang sangat puitis. Semalam masa tengok konsert Mania kat Astro Ria, Akim cuba membawa lagu ini untuk memikat salah sorang daripada 3 orang Penerbit muzik yang tersohor di Malaysia dan juga Indonesia. Walaubagaimanapun lagu ini kurang menyegat bila dinyanyikan oleh Akim haishhh!!!! Apa pun congrates to Akim kerana berjaya menambat hati Ahmad Dhani.


Saturday, March 17, 2012

Lara Fabian - Caruso (En Toute Intimite)



Oh my!!!! i really do miss to hear this memorable song!!!! Banyak sungguh kenangan yang cukup indah mengenai lagu ini.

Mari perdengarkan bersama.


Afgan ~ Dalam Mihrab Cinta ~



demi cinta ku pergi
tinggalkanmu relakanmu
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati

suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya
karena cinta ku ikhlaskan
segalanya kepadanya
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati

suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya semoga semoga


Ku Serah Cinta ~ In Team ~




"Assalamualaikum Cinta" Waalaikumsalam Rindu"



Assalamualaikum Cinta?? ehhh???? heheheheh wahhh!!! aku betul-betul terpesona dengan salah satu adegan dalam filem terbaru ni. 7 Petala Cinta.. Tajuk filem ini pun sudah menggambarkan betapa agungnya sebuah cinta yang suci.

Filem ini pasti meruntun kalbu buat anda semua kerana ia menggarap kisah kehidupan seharian kita.

Jika ada masa yang terluang, tonton ler filem ini. InsyaAllah filem ini serba sedikit ada menyampaikan dakwahnya secara kecil.

Selamat Menonton!!!!


Jelingan Manja ~ Wan Salman ~




Friday, March 16, 2012

Mentari Hidup



Assalamualaikum..

Terasa begitu tenang apabila aku mendengar lagu ini. Lagu ini sering aku dengari untuk mencari ketabahan di hati..

Mari kita perdengarkan bersama. Hayati bait liriknya yang sungguh mendidik jiwa.

"You Jump I Jump" On Big Screen Again!!!




Assalamualaikum..

Sihat la hendaknya ye!! Korang mesti tau kan cerita apa yang aku maksudkan kat title entry aku kali ini. Hehehehe sudah semestinya TITANIC. Ya ampun! Aku merupakan salah seorang peminat tegar filem ini. Kalau korang semua nak tau, cerita ni ditayangkan di malaysia kalau tak silap pada tahun 1998. Ermm masa aku darjah 6. So masa tu mana la tau nak pi tengok wayang kan hehehehe.. Dulu aku hanya pinjam video tape dari kawan sekelas aku.

Filem ni memang ternyata banyak merubah segalanya dalam hidup aku. Selepas menonton filem ni aku rasa aku lebih berminat untuk belajar Bahasa Inggeris dengan lebih tekun. Aku pun tak tau la kenapa but it was. Banyak kali pun aku menonton filem ni memang pasti akan menitiskan air mata. Aku masih ingat, aku sampai digelarkan mamat TITANIC masa darjah 6 dulu oleh rakan sekelas aku hanya kerana terlalu meminati filem ini. Mana tak nya.. Sehinggakan aku sanggup mengumpul artikel dan gambar2 mengenai kisah TITANIC ni dan menampalkannya di dalam buku latihan sekolah aku hahahahah!!! Bukan tu je! Dulu aku sanggup membeli terup permainan dan juga card name TITANIC hahahah!! Semuanya aku lekatkan di dalam buku latihan sekolah. Memang buku tu menjadi simpanan koleksi-koleksi TITANIC. Sayangnya buku tu tah ke mana hilangya setelah aku berpindah ke sekolah menengah..

Pada tahun ini. Filem kegilaan aku ini akan muncul kembali ke Panggung di seluruh Malaysia dan akan ditayangkan secara versi 3D yahoooo!!!! Aku pasti tak akan melepaskan peluang untuk menontonnya.

Ermmm kat sekitar Seremban ada tak agaknya dorang tayangkan secara 3D ek?? Haissshh!! Kalau tak ada terpaksa ler aku turun ke KL hanya semata-mata untuk menonton filem pujaan hati aku ni hehehehe.. Filem Titanic versi 3D ini dijangka akan ditayangkan pada bulan April nanti.. Haisshh kenapa la tak nak ditayangkan pada bulan Mac ek?? heheheheh!!! Tak sabar sungguh rasanya!!!


Ok la.. Got important matter to do!! Job Hunter!!!!! See you in another entry yaa!!

Assalamualaikum....




Thursday, March 15, 2012

Roman ~ Kilafairy ft Roman ~




Bila terasa deras jantungku
Terisi dengan nada-nada yang resah
Meyakinkanku adanya cinta
Tapi tak pernah terang

Sedangkan diriku semakin menjauh
Dan mula melupakanmu

Tersedar aku dalam pelukan
Kekasih tak pernah ku impikan
Cerita kita menghilang jauh
Hanya menjadi sirnaku

Masihkah dirimu mendiamkan cinta
Percaya kepadaku

Cinta
Usah kau ragu
Ia kan selalu menemanimu
Biar kan ia bertamu

Cinta..
Ku tiada ganti hilang
Tanpa kau sedari
Cinta..
Ku hanya untuk kamu

Maafkan aku tak seperti yang kamu inginkan
Melepaskan mu saat kau memerlukan
Hapuskan hiba dihadapanku
Ku masih menanti kehadiranmu

Dapatkah melawan getarannya
Cinta..

Cinta
Usah kau ragu
Ia kan selalu menemanimu
Biar kan ia bertamu

Cinta..
Ku tiada ganti hilang
Tanpa kau sedari
Cinta..
Ku hanya untuk kamu



Kehadiranku




Dulu kau pernah dilukai
Dan engkau pernah dinodai
Tapi semuanya kau renangi
Beriring airmata segala derita

Sungguh terharu hati ini
Dengan apa yang kau lalui
Ingin ku merangkai jiwamu
Agar luka lama tak berdarah kembali

Hadirnya ku di sisimu
Dengan hati tulus suci
Ku belai sepenuh jiwa
Tiada lagi airmata

Selagi ada hayat ini
Kujunjung kebahagiaanmu
Tapi bila sampai waktu ku
Doa dan restuku menjagamu selalu


Wednesday, March 14, 2012

Siti Nurhaliza & Allahyarham Ustaz Asri Rabbani - Ketika Cinta



Assalamualaikum..

Hari ni aku just nak share dengan korang semua satu lagi yang betul2 terkesan dalam jiwa aku. Serasa seperti satu kekuatan timbul dalam hati aku tatkala aku mendengar dan menghayati lagu ini. Tambahan pula apabila lagu ini dinyanyikan bersama oleh Allahyarham Ustz Asri. Seorang penasyid yang aku kagumi.

Selamat mendengar..


LARA FABIAN & LAURA PAUSINI-LA SOLITUDINE




Tuesday, March 13, 2012

All By Myself ~ Celine Dion ~





My Muhaimin admitted



Hello my friend!!

It's such a bored night today. I can't even playing around with my new Muhaimin.. He's admitted because of "Demam Kuning". Poor little baby!!! My sister and her lovely husband bring their baby to GH. Me also followed them laaaa for helping to carrie out sort of stuffs. At 6.30pm we moved to GH.

At the registration side, i saw there a few peoples waiting for their turn to be register. Thanks God because we don't need to que up for a long hours. In a short while, Muhaimin's turn to be register. He admitted at Ward 6D. I bring all the stuffs to the ward. Unfortunately, i can't enter into the ward. It's just for Muhaimin's parents only sigh*... I don't have options, just waiting outside the ward laaa!! aiyoo!!!!

I tell you what, it takes about 3 hours to settle all the procedures. Goshh!!!!
Tommorow i'll be visit my Muhaimin.. Miss him already :-(



Saturday, March 10, 2012

Jadikan Aku Yang Kedua ~ Astrid ~




Jika dia cintaimu,
melebihi cintaku padamu
Aku pasti rela, untuk melepasmu,
walau ku tau ku ‘kan terluka

Jikalah semua berbeda,
kau bukanlah orang yang ku puja
Tetapi hatiku, telah memilihmu,
walau kau tak mungkin tinggalkannya

Jadikan aku yang kedua
Buatlah diriku bahagia
Walaupun kau, tak ‘kan pernah
Kumiliki selamanya




Thursday, March 8, 2012

Tentang Rasa ~Astrid~




aku tersesat menuju hatimu
beri aku jalan yang indah
izinkanku lepas penatku
tuk sejenak lelap di bahumu

dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
semoga cinta kita kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya

tentang cinta yang datang perlahan
membuatku takut kehilangan
kau titipkan cahaya terang
tak padam didera goda dan masa


dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
dapatkah selamanya kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya




Tiada Lagi Tangisan ~Aishah~



Kini telah lama kita berpisah
rintihan asmara kian berubah
tiada lagi mengharap
tiada lagi belaian manja mu
semua telah berakhir

Ketenangan hidup menyinariku
keperitan cinta terlerai sudah
tabah dengan hati luka nan berduri
ku mengenali siapakah diriku
yang sebenarnya

Tiada lagi tangisan
tiada lagi air mata
membasahi jiwa luka
yang tinggalan hanya memori duka

Semuanya diduga prtemuan kali ini
takkan berkekalan
berakhirlah istana bahagia

Biarkan daku hidup kesorangan
tak perlu lagi cinta yang menghiris luka
titisan air mata kini kekeringan
tak perlu menabur kasihmu

Dan kini tertutup jendela harapan ini
kau yang menanti ke pangkuan aku
semua takdir yang telah ku temu akan ku rela segalanya tanpa mu

Kasih Yang Terpisah ~ Idayu ~





adakah engkau
dapat merasakan apa yang kurasa
tentang apa yang telah terjadi
oh inikah suratan yang kuterima kini

bukan salah dirimu
bukan kau pinta semua kan terjadi
kerna hati ku mencinta
semua terlukis rasa yang kecewa

andainya kini
dapat kuulang semua kisah silam
pasti ku akan menyayangimu
selamanya hingga ke akhir dunia

tapi apakan daya
terpisahlah jua kita akhirnya
pengorbananmu pada diriku
tak pernah kuhargai

sukarnya untuk merubah
sukarnya untuk kumelupakan
kenangan bersama telah tersurat
kulayari bahteraku ini
akan kuteguh

ingin lagi ku bersama
ingin lagi kupeluk
walau sesaat cuma
walau di maya kau menjelma
untuk bermesra
pasti tak bisa
kembalikan dirimu

Wednesday, March 7, 2012

Selamat Datang "Si Hero" Pak Tam




Assalamualaikum..

Hari ini pada 7 Mac 2012 jam 4.32 pagi, kakak aku telah selamat melahirkan cahaya matanya yang sulung. Syukur Alhamdulillah.. Bertambah lagi keluarga Tok Anis dan Uwan Leha hehehehe... kali ini anak buah aku adalah seorang 'Hero". Ermmm kakak aku nak bagi nama anak dia Mohammad Aeril Muhaimin dan abang ipar aku pulak nak beri nama Mohammad Muhaimin. Ermmm mana yang terbaik ye?

Tadi jam 9.00 pagi, aku bersama2 dengan adik, mak dan adik ipar aku datang melawat kakak dan anaknya di KPJ Seremban. Gembiranya rasa di hati bila menatap wajah anak buah aku tadi. Comel!!! Beratnya hanya 2.12 kg sahaja..

Semoga anak buah aku yang terbaru ini akan membesar dengan sempurna dan insyaAllah bakal menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa dia suatu hari nanti.. Pak Tam harap agar anak buah Pak Tam ni belajar rajin2 supaya dapat membalas jasa kedua ibu bapa ye..

Tersendiri ~ Ramli Sarip ~



Assalamualaikum....

Tengah bosan dan sunyi-sunyi ni tiba2 aku terngiang2 lagu di atas ni. Pertama kali aku mendengar lagu ni dah membuatkan aku benar2 jatuh cinta kepada muzik dan liriknya. Lagu ni memang sangat bermakna dalam hidup aku.

Lagu ini akan aku simpan di dalam hati sepanjang hidup aku. Banyak kenangan yang cukup indah menerusi lagu ini. Biarlah aku seorang yang mengetahuinya.

Selamat mendengar....