The Real Of Janggut

Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya....


Salam....
Ok, terlebih dahulu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada anda semua yer... Aku ni manusia biasa yang tak akan lari dari melakukan kesilapan... Kalu aku ada buat salah samada secara sengaja ataupun tidak sengaja diharap korang dapatla ampunkan kesalahan aku yer...




Berbalik kepada tajuk entry aku ni, ermm nak juga aku kongsi aktiviti aku pada hari raya pertama. Macam biasa laaa.. Pagi2 aku mandi dan terus ke surau utk menunaikan solat aidilfitri. Selepas selesai solat aku pulang ke rumah dan memakan la sikit juadah yang mak aku masak... ermmm.. Lepas tu aku dan keluarga akan mengadakan sesi memohon ampun dan maaf sesama kitorang... Sedey rasanya pagi tadi sb tak cukup adik beradik la utk sesi ni.. adik aku keje terengganu dah, abg aku tah mana ghaibnya... ermmmmm.. Tapi kedukaan tu telah dikurangkan dengan kehadiran abg ipar dan juga anak buah aku yang sulung si zati the muka ketat hahahaha!!!!!!!!




So far hari raya tahun ni tak banyak berubah pun macam tahun2 yang sudah. Bezanya cuma ahli keluarga aku kian bertambah.... itu aje. Yang pastinya perayaan aidilfitri ni disambut secara bersederhana sahaja....




Ermmm.. korang nak tau?? aku x expect la tahun ni ramai lak kekawan aku baju raya dorang sama warna lak debgan warna baju raya aku ni ha... ermmm... Aku memilih tema warna merah tahun ni... Reasonnya aku dah lama inginkan baju raya aku berwarna merah disamping aku ingin menyeragamkan warna baju raya aku dengan baju raya seseorang yang aku sgt hormati dan taati...

Ok la....
Aku terpaksa berhenti berkongsi cerita ni sebab aku dah rasa ngantuk ni....
Kepada korang sume sekali lagi aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri....

Berhati2 ketika memandu atau bergerak ke destinasi yang ingin dituju yer...
Semoga anda dan keluarga akan sentiasa disamping bersama.....

Wassalam...............

Wednesday, September 16, 2009

Sepetang Di Bazar Ramadhan



Salam.....
Lama rasanya tak memuntahkan kata2 dlm blog aku ni... Semenjak masuknya bulan Ramadhan ni mmg kurang la aku nak berkarya dalam ni.. Mungkin out of mood dengan pelbagai perkara yang berlaku kot... Btw aku nak share dengan korang aktiviti aku dengan beberapa rakan aku ketika di bulan ramadhan ni.. Biasa la dalam pukul 5 petang pasti banak orang akan pergi ke bazar ramadhan utk membeli juadah berbuka. Begitu juga dengan aku dan beberapa rakan aku yang lain. Kitorang tak akan melepaskan peluang utk ke bazar bersama2 pada setiap tahun.

Kebetulan petang tu beberapa orang kawan aku cuti pulak so ada la kesempatan tuk beli juadah berbuka bersama2 sambil mencuci mata ehiks!! Ternata petang tu ramai sungguh manusia... Ermmm pening jugak kepala... Walaubagaimanapun suasana tersebut membuat aku berasa seronok dengan pelbagai juadah kuih-muih, lauk -pauk serta air minuman dijual di sana....