The Real Of Janggut

Saturday, August 28, 2010

Majlis Berbuka Puasa Kumpulan D'SETRA



Assalamualaikum korang...
haaa apa khabar ye? kita sekarang kian hampir di gerbang aidilfitri. Mesti korang semua dah tak sabar2 menanti kedatangan aidilfiri.. Korang semua dah buat persiapan untuk hari raya ke? bagi aku raya kali ni biasa2 je seperti raya2 tahun yang sudah. Tak ada perbezaanya cuma kali ini aku beraya dalam keadaan aku sudah pun bekerja. Ok lah, arini sebenarnya aku nak berkongsi dengan korang aktiviti aku dihujung minggu kali ni.

Biasalah.. aku memang menunggu2 kehadiran jumaat. Korang nak tau kenapa? Sebab aku boleh balik kampung jumpa dengan family aku la hahahaha... Tiap minggu jika ada kelapangan pasti akan aku balik ke kampung untuk beristirahat bersama family tercinta. Kebetulan pada minggu ni aku dia jemput untuk menyertai majlis berbuka puasa bersama2 dengan Kumpulan D'SETRA. Untuk pengetahuan korang, kumpulan ini merupakan kumpulan yang menggerakkan seni kebudayaan dan warisan di Jelebu ni. Kumpulan ini ditubuhkan sejak aku masih di bangku sekolah rendah lagi.

Pada mulanya, kumpulan ini terdiri daripada pelajar2 dari Sekolah Kebangsaan Teriang. Kami semua telah banyak membuat persembahan kebudayaan di seluruh Negeri Sembilan dan juga luar dari Negeri Sembilan. Kumpulan kami mula menempa nama apabila kerap kali memenangi dan dijemput untuk membuat persembahan di peringkat kebangsaan. Sedikit demi sedikit, kumpulan ini mengumpul ahli dan seterusnya menjadi satu kumpulan yang menjadi sebutan bagi pelopor aktivis kebudayaan.

Aku sangat berbangga kerana menjadi sebahagian dari kumpulan ini. Dan pada bulan Ramadhan yang mulia ini, Kumpulan kami ini telah sebulat suara untuk membuat majlis berbuka puasa. kali ini kumpulan kami sebulat suara untuk mebuat majlis berbuka ni di Hotel Sri Klawang. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Paling aku tak dapat lupakan apabila aku diberi peluang untuk memberikan sepatah dua kata kepada muka2 baru kumpulan kami mengenai sejarah penglibatan aku di dalam kumpulan ini dan juga kejayaan aku pada waktu sekarang. Aku sempat memberikan nasihat kepada adik2 baru kumpulan kami.




Kat entry ni ada la aku sertakan sekali beberapa gambar aktiviti2 yang telah dijalankan sebentar tadi. Okla nak rest la. Perut terlalu kenyang sangat nih. Macam2 dah aku telan tadi..





Selamat bersahur dan menjalani ibadah puasa!!!












No comments:

Post a Comment