The Real Of Janggut

Thursday, August 19, 2010

Surat Seorang Ibu




Salam.....
Apa khabar semua? macam mana dengan ibadah puasa anda? Diharap agar semuanya baik2 sahaja ye.. Pejam celik, pejam celik dah masuk 2 minggu kita berpuasa kan.. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah, setakat ini aku masih lagi mampu melakukan ibadah puasa ini.. Segalanya sungguh berlainan dari sebelumnya.. Namun aku gagahi juga semuanya..

Ok la... panjang sangat la pulak introduction aku kan heheheheh.. Berdasarkan tajuk entry aku kali ni, mesti korang mampu mentafsirkannya kan?? Dah tentulah pasal ibu kita.. Aku ada dapat satu video dari adik aku.. Setelah aku melihat video tersebut, air mata aku memang tak dapat menahan untuk berderai... Haihhh memang sedih sangat.. Aku harap aku tak tergolong daripada anak2 seperti kat dalam video tu la..

Memang hakikatnya ibubapa kita membesarkan kita untuk melihat kita berjaya, namun dengan kejayaan yang kita kecapi itu memang mudah membuatkan kita alpa terhadap tanggungjawab kita kepada mereka.. MasyaAllah... Aku berdoa kepada Allah SWT supaya aku tidak alpa dalam menjalankan tanggungjawab aku kepada ibu dan ayah aku...

Setiap kali aku selesai menunaikan solat, pasti akan aku sedekahkan doa kesejahteraan aku kepada kedua ibubapa aku yang sangat aku sayangi dan hormati.. Mereka adalah segalanya bagi aku...

Mak.... Ayah.... Pian akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mak dan ayah... Mak dan ayah dah banyak bersusah payah mengharungi saat suka dan duka tika membesarkan pian.. Kini Pian akan membalas segala jasa baik kalian..... Pian nak tengok mak dan ayah ceria dan bahagia sehingga ke akhir hayat... Amin.....



No comments:

Post a Comment