The Real Of Janggut

Thursday, December 24, 2009

Cinta Balqis



Cinta Balqis yang mengisi slot Akasia pula mengisahkan percintaan tiga segi yang cukup tragis. Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia kerana dia tahu cuma itu sahaja cara cintanya terhadap Balqis tidak dihalang.




Selepas bernikah, Ezani membawa pulang Balqis ke rumah dengan harapan keluarganya akan merestui perkahwinan itu. Akan tetapi, pergaduhan besar telah berlaku kerana Tuan Baharom tidak setuju dan dia telah menghalau Ezani keluar dari rumah.



Bermula dari itu, Ezani telah membawa Balqis pergi dari situ bagi memulakan hidup baru. Malang menimpa apabila mereka ditimpa kemalangan dan Ezani telah menemui maut. Episod hidup Balqis pula penuh dengan duka semenjak kejadian itu.




Kekaburan alam tika ini terasa
Satu penantian pada suatu ketika
Yang penuh dengan dugaan yang merantaiku

Adakah mampu aku terus mengharungi
Lembah yang berduri kian menusuk hati
Tiada kata yang pasti
Tak ku temui


Tuhanku titiskanlah rahmatmu yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci bersama ke akhir hayatku
Kan ku tunggu

Pencarianku hingga ke sudut dunia
Mengenal kasih yang tiada batasannya
Pengorbananku menanti istana pasti

Tuhanku titiskanlah rahmatMu yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci biarkanlah ku pergi
Menanti pelukanmu


No comments:

Post a Comment