The Real Of Janggut

Wednesday, July 22, 2009

Iklan Bio Aura ---->Motif????

Tiap kali aku tengok tv, aku mesti akan tertengok iklan Bio Aura. Tengok tv je ade iklan Bio Aura, Tengok tv je ade iklan Bio Aura, ade iklan Bio Aura jer aku tengok tv. Agresif sungguh diorang "promote" Bio Aura. Aku rasa korang pun tentu tertengok juga iklan ni kan. Melainkan korang tak pernah tengok tv atau pernah tengok tv tapi tv tak on atau korang memang tak kenal apa itu tv.

Iklan-iklan sebegini membuatkan fikiranku terganggu. Bukan terganggu kerana tak sabar² nak join jadik kaya cam diorang. Bukan. Setelah beberapa kali melihat iklan tersebut yang berbeza² ceritanya, aku mula terfikir apakah motif iklan tersebut.

Dalam setiap iklan yang aku tengok, digambarkan ejen-ejen penjual dalam iklan tersebut kaya raya, punya kereta besar dan bini besar rumah besar hanya dengan menjual sistem penapis air Bio Aura.

Aku tidak pasti apa motif iklan tersebut. Adakah iklan tersebut mahu mempromosi sistem penapis air Bio Aura? atau adakah mahu menarik orang ramai menjadi ejen penjual sistem penapis air tersebut?

Daripada pemerhatian aku, iklan tersebut menarik orang ramai untuk menjadi penjual sistem penapis air tersebut. Kalau nak jual produk, tentu iklan tersebut cerita detail tentang diya kelebihan produk tersebut. Digambarkan dalam iklan tersebut, sekiranya anda menjual Bio Aura, anda akan menjadi kaya-raya seperti mereka. Sehingga ada kata-kata dalam salah satu iklan tersebut berbunyi begini, "Inilah sistem penapis air Bio Aura. Ianya telah memberi rezeki kepada kami sekeluarga". Aku bab² ilmu agama kurang skit, tapi aku rasa ungkapan di atas cam tak kena je. Ada ke patut Bio Aura tu dikatakan memberi rezeki. Anda pikirlah sendiri. Maafkan jika aku salah mentafsirnya.

Dalam iklan versi yang lain pula, juga penjual Bio Aura dan juga kaya raya, telah memberitahu bahawa sebelum dia menjual produk tersebut, dia adalah seorang pemandu lori. Hidup susah. Apabila dia mula menjadi penjual Bio Aura, hidupnya menjadi kaya raya. Kenyataan tersebut mengambarkan seolah-olah pekerjaan pemandu lori tidak memberi kekayaan kepada anda. Ia akan menjadikan hidup keluarga anda susah. Jadi anda perlu berhenti dari memandu lori dan seterusnya menjadi penjual Bio Aura. Maka lepas ni, banyaklah lori² yang tersandai kerana tiada sape² lagi yang mahu menjadi pemandu lori. Iklan jawatan kosong pemandu lori pula akan memenuhi dada² akhbar saban hari. huhu..

Aku terfikir lagi,

kalau semua jadi penjual Bio Aura, sape yang nak beli? fikir

kalau semua jadi penjual Bio Aura, sape yang nak keje jawatan² lain tu? fikir

Oh! aku terlupa nak bagitau. Produk Bio Aura dipasarkan oleh Hai-O Marketing. Produk ini dipasarkan secara multilevel marketing atau MLM. Bila sebut MLM, maknanya mencari downline adalah lebih utama dan perjualan produk akan berlaku secara automatiknya. Anda tidak akan kaya raya seperti ejen² dalam iklan tersebut jika hanya menjual Bio Aura semata-mata walaupun banyak Bio Aura anda terjual. Sebenarnya, anda perlu mencari downline dalam masa yang sama. Dan, itulah motif iklan tersebut, untuk mencari downline seramai yang mungkin.

Aku bukan jeles dengan kejayaan mereka. Tapi cara iklan tersebut disampaikan amat tidak kena. Ia mengambarkan seolah² hanya menjual Bio Aura membolehkan anda menjadi kaya raya dan mewah yang mana memang semua orang impikan. Satu gambaran yang menunjukkan pekerjaan tersebut senang saje. Sapa² pun boleh kaya. Sedikit sebanyak menjadikan orang lain akan tawar hati dengan pekerjaan mereka sendiri. Yang keje gomen sudah tidak berminat ngan keje gomen. Yang jadik cikgu sudah tidak berminat mengajar. Yang jadi doktor sudah tidak berminat merawat pesakit. Kepakaran dan pengalaman kerja yang ada habis begitu saje. Yang student plak jadi malas nak belajar dan sentiasa ponteng kelas kuliah sebab sibuk join seminar dan carik downline. Yang jadi blogger sudah tidak minat blogging. eh! ada ke? hehe.. kalu ade blogger yg jadik ejen Bio Aura, kalu kaya nanti jangan lupa buat kuiz kat blog yer. Bagilah hadiah merc sebijik kepada pemenang yer. hehe...sengihnampakgigi

apa pula pendapat korang? garupale

Renung renungkan dan sayangi pekerjaan anda! peace

No comments:

Post a Comment