The Real Of Janggut

Wednesday, July 22, 2009

Ada Apa Dengan FACEBOOK?????

Facebook dikatakan antara laman sosial paling popular di Malaysia kini. Dianggarkan lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia menggunakan facebook. Ini seterusnya mengalahkan MySpace dan juga Friendster.


Perbandingan Pengunjung Unik MySpace dan Facebook


Jikalau dibandingkan dengan data page-view di atas, Facebook mempunyai lebih kurang 80 billion sebulan berbanding dengan MySpace yang hanya mempunyai lebih kurang 43 billion sebulan.

So, ada apa dengan facebook?

Walaupun aku dah beberapa bulan memiliki akaun di facebook, tapi aku sendiri pun masih tak dapat merasai "kegilaan" yang diperkatakan itu. That's why aku jarang online kat facebook. Aku tak dapat rasa feel disitu. Aku lebih suka blogging daripada bermuka buku. kenyit


Baru² ni aku ade terima emel mengatakan facebook patut diharamkan diseluruh dunia. Antara sebab² utama ianya patut diharamkan turut diperjelaskan secara terperinci berserta bukti gambar dalam emel tersebut. Mari kita susuri sebab² tersebut.


1. Facebook membuatkan kita lalai dalam menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab (jika anda seorang bapa la..)



2. FaceBook juga membuatkan kita tidak mahu meninggalkan PC atau laptop kita walau kemana pergi.



3. Facebook membuatkan kita jadik pemalas, pengotor dan tidak hiraukan keadaan sekeliling.





4. Kegilaan terhadap facebook juga membuatkan kita kurus seperti mayat hidup kerana tidak lalu makan. Asyik layan facebook aje...




5. Jika tidak kurus, facebook juga boleh membuatkan kita obesiti. Sesetengah orang suka layan facebook sambil makan tanpa henti.



6. Dan yang paling ditakuti, kegilaan facebook tidak mengenal usia. Budak yang masih kecil pun boleh terpengaruh dengannya.



So, dengan 6 sebab² di atas, adakah facebook perlu diharamkan?
tepuk dada tanya selera... ihikhik

1 comment: