The Real Of Janggut

Friday, October 22, 2010

Kursus Etiket Dan Protokol




Salam guyz.. Diharap semuanya berada dalam keadaan sihat. Agak lama aku tak berkongsi cerita dengan korang. Asik post lagu je kan. Heheheh.. Bukannya apa, company aku skg sedang bz dengan proses pemindahan bangunan pejabat. Tak lama lagi opiz aku akan ditempatkan di Menara UOA Bangsar. So banyak juga barang yang perlu di pack. tambahan pulak unit aku ni ada stor yang agak besar. Erm letih jugak la nak mengemas.

Dalam kesibukan company aku ni nak pindah bangunan, sempat lagi dorang anjurkan satu kursus yang amat berguna kepada kitorang semua. Kursus yang aku maksudkan ialah Kursus Etiket Dan Protokol. Kursus ini mengambil masa selama 3 hari. Penceramah2 diundang khas dari Jabatan Perdana Menteri dan juga daripada Pihak INTAN. Sepanjang kursus tersebut, banyak yang telah aku dan rakan2 yang lain perolehi. Antaranya ialah panggilan hormat bagi orang2 kenamaan, etika berpakaian sebagai seorang pegawai, cara2 menjadi penyambut tetamu bagi upacara formal dan juga Table Manner.

Semasa kursus ini berlangsung, kami juga diberi tugasan untuk menyiapkan dokumentasi untuk satu upacara yang formal dan juga tidak formal. Kumpulan aku ditugaskan untuk menyiapkan dokumentasi bagi Upacara Penutup Sambutan Hari Keluarga Company pada tahun ini. Ermm daripada tugasan yang telah diberi ni, banyak juga ilmu yang aku grab tau. Format2 untuk menyiapkan usul, bajet dan sebagainya.




Selain tu, aku juga dapat pengalaman menjadi Juruacara Majlis. Setiap seoarang dari kami perlu membaca teks yang telah disediakan dan kami seolah2 sedang menjadi MC. Gemuruh juga pada mulanya tapi lama kelamaan seronok la pulak. Pada hari terakhir kursus, Ketua Pengarah company aku ni berhajat untuk menyampaikan amanat kepada kami semua. Aku telah dilantik untuk menjadi Pengacara Majlis pada hari berkenaan. Halamakkk!!! berderau darah aku pada mulanya. Walaubagaimanapun, aku menyahut cabaran tersebut. Alhamdulillah, pagi itu aku telah melaksanakannya.. Semuanya berjalan dengan lancar. Aku sangat berbangga kerana aku mampu juga melakukannya.




Sesi terakhir kursus tersebut ialah Table Manner. Hahahahah sesi ni la paling aku tak suka. mana tak nya, nak makan pun kena bersopan santun. sangat bersopan santun ye!!! Sah2 makan cara protokol ni tak akan mengundang kekenyangan pada diri aku lalalalalala...

Ok la.. kat bawah ni aku ada sertakan gambar makanan yang dihidang pada kitorang semasa sesi Table Manner dijalankan. Harap kita bersua lagi di lain entry ok. Salam 1Malaysia!!!!








No comments:

Post a Comment