The Real Of Janggut

Thursday, September 2, 2010

Pulanglah - Aisyah

Salam....
apa khabar korang semua? di harap bertambah2 ceria la ye bersama2 dengan insan tersayang.. Ok la tak mau cerita panjang2 sangat.

Sebenarnya dah nak menjelang hari lebaran ni aku rasa sayu sangat tau. Rasa kosong sangat jiwa aku ni. Tak tau la sebab apa. Mungkin banyak perubahan yang besar telah berlaku dalam hidup aku ni. Aku dah tak macam dahulu lagi.. Haihhhh!!! sedih la.. Aku harap keadaan aku ni tak la berterusan sebegini. Sakit sangat!!! Raya tahun ni pasti menjanjikan perbedaan yang amat ketara.

Kenapa lah semua masalah yang aku alami ni perlu terjadi di saat2 sebegini? Sungguh besar dugaan Allah terhadap diri aku. Dah tinggal beberapa hari je lagi seluruh umat islam akan menyambut hari kemenangan.. Fitrah kita akan kembali suci.. Corong2 radio tak putus2 mendendangkan lagu2 raya samada lagu baru mahupun lagu2 lama yang cukup menggamit memori..

Aku tak terkecuali berasa sayu bila mendengar lagu2 raya di saat berjauhan dengan keluarga tercinta. Berlinang air mata rasanya bila kita menghayati bait2 lirik lagu raya. Sungguh indah dan puitis. Antara lagu pilihan aku ialah lagu dendangan penyanyi tersohor Malaysia iaitu Aisyah yang bertajuk "Pulanglah" Adehhh memang sayu dan sedih sangat lagu ni.. Rasa macam nak segera je balik ke kampung berdampingan dengan keluarga tercinta.

Kat bawah ni aku ada sediakan video clip lagu Aisyah tu.. Korang hayatilah ye... semoga terhibur dan Pulanglah bersama orang tersayang di Hari Yang Mulia nanti...
Salam..........

...Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah...

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga


Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )



Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya....





No comments:

Post a Comment