The Real Of Janggut

Wednesday, September 8, 2010

Kesunyian Kota Kuala Lumpur

Assalamualaikum...
apa khabar korang?? hopefully under good condition la ye.. Arini dah hari ke 28 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Lagi 2 hari lagi umat islam akan menyambut 1 Syawal. Walaubagaimanapun aku masih berada di Kuala Lumpur. Aku harus menunaikan tanggungjawab aku. Aku kena bekerja ler.. Haihhh sayu je rasa hati. Selalunya time2 dah nak raya ni aku akan berada di samping family aku untuk menyiapkan apa2 yang patut sebelum menjelangnya Hari Raya. Tapi kali ni situasi yang amat berbeza telah aku lalui

Pada suatu pagi yang indah, semasa aku sedang dalam perjalanan ke Stesen Lrt berdekatan dengan umah sewa aku, tiba2 aku rasa macam ada yang tak kena aritu. Rasa macam sunyi sangat masa tu. Jam masa tu menunjukkan pukul 6.55 pagi. Kebiasaannya waktu ini kereta akan berpusu-pusu untuk ke tempat kerja. Tapi kali ni aku berasa sedikit terpana heheheheh wah ayat tak boleh blah hahahah.. Mana taknya, kete 2 ke 3 bijik je yang aku tengok bergerak di atas jalan raya.







Bukan tu je, masa aku duk tunggu Star LRT pun keadaan yang sama jugak aku tengok. Bayangkan, ada sorang ke 2 orang je yang menunggu train.. ya ampun.. menakjubkan betul hahahahahahhaa.. Selalunya masing2 berebut2 menunggu nak duk barisan depan sebab nak masuk dalam train kan.. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni yang sempat aku capture.....



Menarik kan gambar kat atas tu?? heheheheh sabar je la. Semuanya dek demam balik kampung sempena Hari Raya yang bakal menjelang ni... Masa aku dah sampai kat area masjid jamek pun aku tengok agak kurang kenderaan pagi tu. Cuba tengok gambar kat bawah ni:



Petang tu pulak, masa aku duk intai2 jalan di kawasan Kuala Lumpur dari tingkat 29, aku dapati jalan raya sesak teruk. Pergh.. dah la masa tu hari guruh nak hujan. Jalan pulak sesak... ish ish ish memang dugaan betul. Tengok pic kat bawah ni:



Hebatkan penangan Hari Raya dan kesannya di Bandar Kuala Lumpur..heheheheh aku rasa seronok pulak melihat lengangnya kota Kuala Lumpur. Rasa macam senang sikit nak bergerak. Tak perlu rasa tertekan dengan kesesakan lalu lintas dan kenderaan yang memeningkan kepala aku nih!!

Ok la.. aku nak bersiap2 ni.. Jap lagi aku nak balik kampung.. Doakan aku selamat sampai ke kampung tercinta ye..

Assalamualaikum..

1 comment: