The Real Of Janggut

Friday, February 10, 2012

Terkenang Arwah Uwan



Assalamualaikum..

Semalam aku memang ketandusan mood untuk berbuat apa2. Aktiviti aku hanya terperap dalam bilik dan menunggu waktu malam datang untuk tidur semula. Sementara menunggu waktu malam, tiba2 aku terkenangkan arwah wan. Adakah aktiviti yang aku lakukan tu sama seperti apa yang arwah uwan aku lakukan? Hanya terporok di dalam bilik menanti sesuatu yang belum pasti.

Di atas katil yang aku baring ini lah suatu ketika dulu tempat istirahat arwah uwan aku. Bila baring di atas katil tu memang bermacam2 perkara yang aku fikirkan. Adakah apa yang aku fikirkan sama dengan apa yang telah arwah uwan aku fikirkan?

Aku rindukan arwah.. Aku rindu untuk bergurau dengannya. Aku rindu melihat telatahnya. Al-Fatihah... Semoga arwah uwan ku tenang di sana. Cucu mu ini hanya mampu berdoa semoga rohmu akan tenang sentiasa..



No comments:

Post a Comment