The Real Of Janggut

Tuesday, February 7, 2012

Harus penuhi hajat sendiri

Assalamualaikum.

Haishh.. sebenarnya aku ada beberapa hajat yang belum kesampaian untuk dipenuhi pada tahun lepas. Hajat aku tu memang aku simpankan aje sebab aku rasa mungkin seronok bila dilaksanakan bersama-sama dengan insan yang kita percaya dan boleh berkongsi keseronokan. Walaubagaimanapun hajat aku memang tidak akan kesampaian.

So aku dah tekad. Duit simpanan aku ketika kerja di tempat lama dulu akan aku gunakan untuk memenuhi hajat aku ni. Cuma bezanya aku akan penuhinya secara seorang diri aje. Nak ajak kawan2 pun susah sebab masing2 dah ada kehidupan masing2. Aku bercadang untuk menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Lama sungguh aku berhajat nak ke sana. InsyaAllah aku akan ke sana dalam masa terdekat ni. Tapi sebelum ke sana aku kena la buat beberapa persediaan. Aku kena contact beberapa buah hotel penginapan kat sana so senang la nanti tak perlu nak cari2 tempat penginapan.

Kat sana nanti boleh juga aku mengambil gambar untuk simpanan aku. Ermm mesti seronok nanti.. Langkawi.. nantikan kedatangan aku ye..

Hajat aku yang kedua adalah nak pergi ke I-City.. Heheheeh kelakar x? Ermm sebenarnya dulu aku pernah berada di Shah Alam selama 3 tahun. Well masa tu aku masih menuntut di sebuah universiti kat sana. Tambahan pula masa tu I-City pun belum wujud lagi.. Bila aku dah menamatkan pengajian kat sana macam2 pembangunan dan perubahan yang dah ada kat Shah Alam tu.. Teringin sangat nak ke sana.. InsyaAllah.. sampai masa akan aku jejakkan kaki ke sana..

Korang semua doa2kan aku ye semoga tercapai hasrat aku ni nanti.. Ok la... semoga ketemu di entry yang lain pula.

Assalamualaikum....


No comments:

Post a Comment