The Real Of Janggut

Tuesday, February 14, 2012

Tabahkan Hatimu wahai sahabatku

Assalamualaikum..

Hari ini 14 Februari 2012 merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh pasangan yang sedang berkasih.. Sebaliknya bagi aku, tarikh ini tiada maknanya lagi.. Tarikh hanya pada tarikh semata-mata. Walaubagaimanapun, tarikh ini juga turut dinanti-nantikan oleh sahabatku serta adik kembarnya Mohd Hafiz Tarif dan Siti Nurazila Tarif. Dorang ni kembar dan dilahirkan pada tanggal 14 Februari 1986.

Selamat ulangtahun kelahiran buat korang berdua. Korang memang kawan terbaik bagi aku. Korang memberi semangat yang tak berbelah bagi kepada aku. Aku ada hasrat untuk sambut ulangtahun kelahiran mereka. Aku nk bawa dorang makan kat satu tempat yang agak special. Walaubagaimanapun hasrat aku terpaksa ditangguhkan kerana kawan aku si Hafiz perlu hadir ke Hospital Besar Tuanku Jaafar utk mendapatkan keputusan imbasan terhadap paru-paru mak dia.

Aku tertunggu2 juga keputusan itu di samping menunggu Hafiz decide nk makan di mana. Aku sms bertanya keadaan mak dia juga tapi dia x balas sms aku td. Aku fikir mungkin dia sedang sibuk menguruskan mak dia di hospital.

Masa aku naik ke bilik aku dan sedang bersiap2 nk tidur ni tiba2 kawanku tadi call. Dengan nada yang sayu dia mohon maaf kt aku sb x jawab sms aku tadi. Aku faham dan xada terasa hati langsung kerana aku faham keadaan dia. Tiba2 dengan nada sayu dia memberitahu bahawa mak dia disahkan menghidap barah paru2 stage yang ke 4. Ya Allah Ya Tuhanku. Berderai air mata aku mendengarnya. Aku x bole bersedih bila bercakap dgn dia kerana akan mengundang kesedihan kepada dia nanti. Aku mohin kat dia supaya berdoa banyak2 buat mak dia.




Korang bayangkan.. Di hari ulangtahun kelahiran kawan aku seharusnya dia peroleh sedikit kegembiraan sebaliknya menerima berita kesedihan ini. Aku berasa cukup terpukul dengan situasi kawan aku. Esok aku nak balik ke kampung menziarahi mak kawanku. Aku nak berikan semangat kepada kawan aku seperti mna dia telah melakukannya kepada aku.

Ok la.. Cukup sampai di sini dahulu. Aku nak beradu untuk sampai ke hari esok yang tidak tentu apa pula yang bakal aku tempuhi nanti.

Assalamualaikum dan selamat malam.






No comments:

Post a Comment