The Real Of Janggut

Monday, January 16, 2012

Penyudah segala cerita

Assalamualaikum.

Mood aku hari ni memang sedikit sayu sebab aku rasa aku dah laksanakan apa yang perlu untuk menyudahkan satu penceritaan yang selama ini bergolak. 17 Januari 2012 merupakan tarikh yang akan aku kenang sehingga akhir hayat aku kerana di situ lah penyudah segala cerita dengan beberapa watak yang terlibat di dalam penceritaan ini.

Aku tak dapat menaggung dek igauan dahulu. Ternyata semuanya akan hanya melemahkan aku. Pelbagai dugaan telah aku lalui suatu ketika dahulu. Aku pernah dilabel sebagai penutup rezeki orang, dianggap sebagai lupa daratan,dan aku juga pernah disamakan seperti anjing di tepi jalan. Semuanya aku telan dan tanggung sendirian. Semuanya bermula dengan KERJA.

Aku sedar, aku masih jahil dalam menempuh kehidupan. Aku memerlukan seseorang yang mampu membimbing aku. Ternyata apa yang aku harapkan rupanya menjadi sebaliknya. Tak mengapa la. Aku ambil ianya sebgai satu pengalaman hidup.

Bagi aku, kerja yang sedang aku jalankan ini mempunyai cerita yang tersendiri. Banyak kisah di sebalik semuanya. Aku pernah untuk melupakan segalanya tetapi aku gagal melaksanakannya. Aku harus akur dengan pilihan yang telah aku buat. Aku harus lepaskan segalanya agar igauan dulu tidak menghantui aku. Aku nak mulakan semuanya dari mula.

Terima kasih di atas segala kenangan dan pengalaman aku sepanjang menjalankan tanggungjawab ini. Kini aku lepaskannya demi untuk ketenangan aku sendiri..


No comments:

Post a Comment