The Real Of Janggut

Monday, January 30, 2012

Juara Lagu Awan Nano



Tahniah Hafiz!!!

Malam Juara Lagu telah pun berlangsung. Ternyata lagu jangkaan aku untuk menjuarai Anugerah Juara Lagu benar-benar menjadi nyata. Lagu Awan Nano ini memang begitu puitis. Lirik lagu yang sangat kuat menjadikan lagu ini sangat indah untuk diperdengarkan.

Pertama kali lagu ini aku dengari melalui youtube yang telah dikongsi oleh rakan fb aku yang juga rakan seperjuangan ketika di universiti dahulu. Percaya atau tidak, ketika aku menghayati bait lirik lagu ini ditambah dengan klip videonya yang sungguh menyayat hati ternyata berjaya menitiskan air mata aku heheheh..

Syabas diucapkan kepada Hafiz kerana berjaya juga menyandang gelaran vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu 26. Memang vokal Hafiz malam itu superb!!! Dengan hanya mengenakan pakaian yang serba ringkas tetapi dengan kehebatan vokal beliau telah menenggelamkan penyanyi2 yang lain.

Tahniah sekali lagi!!!!!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment