The Real Of Janggut

Wednesday, January 4, 2012

~ Homesick ~




Assalamualaikum..

Hai kengkawan.. bertemu lagi di dalam entry terbaru aku ni. Awal-awal tahun biasalah.. keje tak banyak lagi. Alang-alang keje tak banyak ni aku ambil peluang la nak tambahkan lagi koleksi entry dalam blog aku ni.

Ok la.. tak nak mukadimah panjang2 sangat sebab nanti rasa bosan la pulak kan. Hari ni aku juz nak kongsi dengan korang semua tentang satu penyakit yang telah menyerang aku. Aku sekarang dah mula menunjukkan simptom penyakit "Homesick".. Aishhh habislah aku!!!! Sejak kebelakangan ni aku memang asik teringatkan kampung je. Setiap kali hujung minggu aku mesti akan pulang ke kampung. Aku rasa kalau weekend aku tak balik kampung rasa macam tak lengkap hari2 aku.

Life aku sekarang cukup simple. Pagi keluar rumah pergi ke pejabat, malam baru sampai rumah. Sebelum pulang ke rumah, kalau ada mood aku akan peluhkan badan aku sikit kat Gym. Then balik rumah mesti badan dah penat gila. Tiap hari macam tu la rutin aku. Dan sekarang aku pasti menunggu-nunggu hari jumaat sebab habis waktu keje je aku terus bertolak balik kampung. Feeling nak balik kampung tu seolah2 macam dah 3 tahun tak berjumpa keluarga hah kah kah...

Tak tau la sebab apa, tapi apa yang pasti, bila aku balik tengok muka mak dan ayah je pasti aku rasa tenang sangat. Doranglah penawar bagi aku. Ermm tapi yang pastinya aku memang susah untuk hilangkan penyakit "Homesick" aku ni.. Haissshhhh!!!! Bukannya apa, sebab aku rasa weekend aku rasa bosan sebab tak buat apa2 so better aku habiskan masa aku dengan family aku je.

Hopefully aku boleh atasi penyakit aku ni.. Mungkin akan mengambil masa yang lama untuk pulih tapi walaubagaimanapun, aku kena berusaha supaya penyakit ni hilang sedikit demi sedikit.

Ok la kengkawan.. InsyaAllah kita berbicara lagi di lain entry ye..
Salam....

No comments:

Post a Comment