The Real Of Janggut

Friday, March 16, 2012

"You Jump I Jump" On Big Screen Again!!!




Assalamualaikum..

Sihat la hendaknya ye!! Korang mesti tau kan cerita apa yang aku maksudkan kat title entry aku kali ini. Hehehehe sudah semestinya TITANIC. Ya ampun! Aku merupakan salah seorang peminat tegar filem ini. Kalau korang semua nak tau, cerita ni ditayangkan di malaysia kalau tak silap pada tahun 1998. Ermm masa aku darjah 6. So masa tu mana la tau nak pi tengok wayang kan hehehehe.. Dulu aku hanya pinjam video tape dari kawan sekelas aku.

Filem ni memang ternyata banyak merubah segalanya dalam hidup aku. Selepas menonton filem ni aku rasa aku lebih berminat untuk belajar Bahasa Inggeris dengan lebih tekun. Aku pun tak tau la kenapa but it was. Banyak kali pun aku menonton filem ni memang pasti akan menitiskan air mata. Aku masih ingat, aku sampai digelarkan mamat TITANIC masa darjah 6 dulu oleh rakan sekelas aku hanya kerana terlalu meminati filem ini. Mana tak nya.. Sehinggakan aku sanggup mengumpul artikel dan gambar2 mengenai kisah TITANIC ni dan menampalkannya di dalam buku latihan sekolah aku hahahahah!!! Bukan tu je! Dulu aku sanggup membeli terup permainan dan juga card name TITANIC hahahah!! Semuanya aku lekatkan di dalam buku latihan sekolah. Memang buku tu menjadi simpanan koleksi-koleksi TITANIC. Sayangnya buku tu tah ke mana hilangya setelah aku berpindah ke sekolah menengah..

Pada tahun ini. Filem kegilaan aku ini akan muncul kembali ke Panggung di seluruh Malaysia dan akan ditayangkan secara versi 3D yahoooo!!!! Aku pasti tak akan melepaskan peluang untuk menontonnya.

Ermmm kat sekitar Seremban ada tak agaknya dorang tayangkan secara 3D ek?? Haissshh!! Kalau tak ada terpaksa ler aku turun ke KL hanya semata-mata untuk menonton filem pujaan hati aku ni hehehehe.. Filem Titanic versi 3D ini dijangka akan ditayangkan pada bulan April nanti.. Haisshh kenapa la tak nak ditayangkan pada bulan Mac ek?? heheheheh!!! Tak sabar sungguh rasanya!!!


Ok la.. Got important matter to do!! Job Hunter!!!!! See you in another entry yaa!!

Assalamualaikum....




No comments:

Post a Comment