The Real Of Janggut

Wednesday, March 7, 2012

Selamat Datang "Si Hero" Pak Tam




Assalamualaikum..

Hari ini pada 7 Mac 2012 jam 4.32 pagi, kakak aku telah selamat melahirkan cahaya matanya yang sulung. Syukur Alhamdulillah.. Bertambah lagi keluarga Tok Anis dan Uwan Leha hehehehe... kali ini anak buah aku adalah seorang 'Hero". Ermmm kakak aku nak bagi nama anak dia Mohammad Aeril Muhaimin dan abang ipar aku pulak nak beri nama Mohammad Muhaimin. Ermmm mana yang terbaik ye?

Tadi jam 9.00 pagi, aku bersama2 dengan adik, mak dan adik ipar aku datang melawat kakak dan anaknya di KPJ Seremban. Gembiranya rasa di hati bila menatap wajah anak buah aku tadi. Comel!!! Beratnya hanya 2.12 kg sahaja..

Semoga anak buah aku yang terbaru ini akan membesar dengan sempurna dan insyaAllah bakal menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa dia suatu hari nanti.. Pak Tam harap agar anak buah Pak Tam ni belajar rajin2 supaya dapat membalas jasa kedua ibu bapa ye..

No comments:

Post a Comment