The Real Of Janggut

Monday, December 26, 2011

Al~ Fatihah Buat Temanku



Assalamualaikum.

Sesungguhnya ajal dan maut adalah ketentuan yang Maha Esa. Kita tak akan terlepas daripada kematian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Hari ini, aku telah menerima satu berita yang amat menyedihkan. Aku telah kehilangan seorang teman yang agak rapat juga ketika di bangku persekolahan. Berita ini memang sangat2 mengejutkan. Allahyarhamah Nurul Hanini Bt. Othman. telah meninggalkan kami pada 26 Disember 2011.

Arwah menghidap sejenis penyakit yang memerlukan beliau keluar masuk hospital sepanjang persekolahan dahulu. Aku pun tidak pasti apakah penyakit yang sebenarnya beliau tanggung selama ini.

Kali terakhir aku berjumpa dan berborak-borak dengan arwah ketika kami bersama-sama berbuka puasa pada 2 tahun yang lepas. Sayu rasanya hati aku bila mengenangkan kembali saat-saat itu. Beliau pernah menyatakan hasrat untuk berpakaian cantik, bekerja di Kuala Lumpur dan mempunya gaji yang besar untuk membantu keluarga beliau. Namun, tahap kesihatan beliau ternyata menghalang segalanya.

Beliau juga pernah berpesan kat aku supaya mengajak beliau lagi ke majlis berbuka puasa bersama-sama sekiranya kami merancang untuk membuat majlis sekali lagi. Walaubagaimanapun Allah swt lebih menyayangi arwah.

Al-Fatihah buat roh Allahyarhamah.. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


No comments:

Post a Comment