The Real Of Janggut

Wednesday, December 21, 2011

PENGHIJRAHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama rasanya ek aku tak menulis kat sini. Ermm.. bukannya apa, banyak sangat perkara yang berlaku. Banyak benda aku tempuh. Tapi alhamdulillah, Allah maha berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Merujuk kepada tajuk entry aku pada kali ni, ianya sudah tentulah berkenaan dengan satu perubahan betul tak? Ok la.. ternyata memang banyak perubahan yang telah berlaku. Hidup aku sepenuhnya telah bertukar ke suatu fasa yang tertentu. Aku terasa asing dalam kancah hidup pada masa ini. Namun aku harus hadapi semua dengan rasa penuh keinsafan.

Aku tekad dan tidak mahu pandang ke belakang lagi. Biarlah semuanya berlalu. Untuk apa menoleh lagi? Aku harus melangkah ke hadapan agar tidak lagi sewenang-wenangnya dikeji dan dikecam dengan tohmahan.

Hidup aku kembali seperti sediakala. Melempar kasih kepada ibu bapa dan keluarga, bergurau senda bersama teman dan mencipta angan untuk kejayaan.

Hidup aku dengan kerja memang sukar untuk diramal. Aku kini telah ditempatkan di satu persekitaran yang cukup asing sepanjang berada di tempat aku mencari rezeki. Bermulalah hidup aku sebagai seorang pekerja dalam bahagian operasi. Hehehehe mungkin doa aku telah dimakbulkan Allah tetapi tak terjangkau dek fikiran aku sepantas ini. Kepada rakan-rakanku di tempat lama, cekal dan tabah dalam menjalankan tugas. InsyaAllah aku akan tetap bersama kalian. Walaupun jasad tidak di sana namun rohani ku tetap bersama kalian.

Akhir kalam, semoga kalian semua dapatlah kiranya mendoakan aku supaya dapat menempuh hidup ini dengan penuh kecekalan dan ketabahan. AKU BUKAN SEPERTI DULU...



No comments:

Post a Comment