Salam.....
Hai korang... bertemu lagi kita di entry yang terbaru ni.. Ok la... Kali ni aku nak berkongsi dengan korang aktiviti hujung minggu aku... Ok, untuk pengetahuan korang semua... pagi tadi aku agak sibuk membantu kawan aku si paiz melangsungkan perkahwinan dia dgn wanita pilhannya ler... Kali ni upacara diadakan di kediaman umah ibubapa paiz sendiri di Felda Titi Jelebu....
Ektuali, sejak dari malam tadi sebenarnya aku bertungkus lumus dengan beberapa orang kawan aku yang lain membantu apa yang patut di umah kawan aku ni... Apa yang dapat kami bantu cuma sekadar menghasilkan signboard sbg tanda arah untuk majlis perkahwinan kawan aku tu hehehehehe!!! Seronok juga la kitorang malam tu.... Kecoh satu umah tu... Dah la tu, ada pulak DJ kat umah paiz tu sedang buat check sound utk upacara esknya... Hahaha kawan aku si apek mengambil peluang menyanyikan sebuah lagu dan ditujukan kepada kitorang semua.. Nak tau x lagu apa??? ahahahah lagu Ramlah Ram nih!!!! Malu tapi Mahu heheheheh tak boleh blah la lagu tu..... tapi agak terhibur juga la.....
Ejam n Apek sedang gigih dengan signboard
Peh!!!! malam tu kami disajikan dengan beberapa jenis lauk, antaranya ialah Gulai Pisang Muda, Sambal hati dengan Ikan Masin.... Sedap wooooo.... Malam tu juga, mak andam telah menyiapkan pelamin yang agak cantik juga... Peh pelamin ala2 royal wedding katanya hehehehe!!!! Aku pun mengambil kesempatan la untuk bergambar dengan kengkawan aku sebagai kenang-kenangan.. Maklum la mengidam nak naik pelamin ngeh ngeh ngeh...
Haaaa!! Ni la Pelamin Angan Kawanku.. Meletopp!!
Keesokan harinya, tibalah hari yang dinanti2kan... Upacara Persandingan kawan aku tu ler.... Erm kalau korang nak tau, kawan aku si Apek telah dilantik secara rasminya menjadi pengapit Si Paiz pada majlis itu hehehehe... Masa sesi nak bersiap, Si Apek ni pulak yang over... Nak pakai glamor2 je... Macam dia pulak yang nak kahwin... Pada majlis tersebut, Paiz mengenakan pakaian berwarna sedikit Gold manakala pengapitnya pula berwarna PURPLE... Matching jugak la kan...
Haa ni la si Pengapit... Over kan?? Macam dia pulak nak bersanding!!
Lepas je Paiz bersiap, kitorang pun gerak la ke Felda Titi.. Erm sebelum pengantin melangkah kaki nak naik ke dalam kereta aku sempat memberikan kata2 semangat... Maklum la pengantin sedang berdebar2 tu... hehehehehe!!
Huhuhuhuhu!!! You did it Paiz!!!!!
Tepat jam 1 petang kawan aku tu pun selamat disandingkan di atas pelamin angannya... Dengan mengenakan pakaian pengantin yang cukup cantik, bertengkolok di atas kepala dan terdapat sebilah keris di sampin membuatkan Paiz kelihatan seperti kelibat Hang Tuah ahahahahahah!!! Jangan marah ek paiz.....
Mempelai disandingkan di atas Pelamin yang Indah
Terasa sayu di hati apabila melihat kawan aku berada di pelaminan ceh wah!!!! ahahhaha... yela... rasa macam tak percaya je kawan aku yang sorang tu dah pun berkahwin... Walaubagaimana pun ianya memang realiti... Jodoh tak ke mana kan... Tahniah ye paiz... Sebelum aku balik, aku sempat mengambil gambar bersama pengantin di atas pelamin. Gambar tersebut menjadi kenagan untuk selamaya buat kami semua...
Akhirnya kita berkumpul semula heheheheheh
Ok la korang, sampai sini je la ye yang boleh aku kongsikan bersama.... Kat bawah ni ada gambar2 ragam kitorang sebelum dan selepas majlis persandingan tersebut.. Harap korang semua enjoy ye di hujung mimggu bersama orang yang tersayang....
Sampai bertemu di entry yang selanjutnya....
Daaaaaaaaaaa.....
Aktiviti memacakkan Signboard
Signboard yang telah siap dicipta heheeheeh
Ambil berkat Pelamin Kawan ngeh ngeh ngeh!!!
Bergambar sebelum menuju ke tempat persandingan
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
No comments:
Post a Comment