The Real Of Janggut

Sunday, December 20, 2009

Menggamit Memori....



Salam...

apa khabar korang semua??

Bersua lagi kita di dalam entry terbaru aku.... Ok la, lets do things more smoother..
Kisahnya bermula pada hari sabtu yang lepas pada 19 Disenber 2009.. Pagi tu aku dan keluarga menghadiri satu majlis kenduri kahwin saudara yang bertempat di Padang Biawas Sri Menanti Kuala Pilah.. Erm excited jugak nak ke sana sebab banyak betul kenangan aku kat sana....

Setibanya aku dan keluarga di sana, kami disambut dengan penuh mesra.. Kelihatan banyak sungguh kenderaan sedang berpusu-pusu mancari tempat parking. Maklum la, kwsn tu agak sempit skit... Walaubagaimanapun, kami dapat juga mencari tempat yang strategik utk parking kete ehehehe...

Kami pun bersalaman lah dengan tuan umah.. Tok Lang segak bergaya mengenakan baju melayu berwarna hijau... Selepas bersalaman, kami pun terus mengambil makanan yang telah pun tersedia. Ermm menu aritu best tau!! Gulai perut campur rebung, ayam masak merah, papodom dan juga rendang daging. Tok Lang menggunakan khidmat Catering...

Warna tema majlis perkahwinan anak Tok Lang adalah Putih dan Hijau. Ehehehe kebetulan matching pulak dengan kemeja yang aku pakai... Selesai je makan, kitorang pun ambil la kesempatan bermesra dengan saudara mara yang agak lama juga tidak ketemu..

Jam 2.30 petang, kami sekeluarga berangkat dari majlis perkahwinan tersebut terus ke Kampung Jumbang menziarahi saudara kami di sana... Kalau korang nak tau, kat situ la aku dilahirkan... Peh!!!! memang petang tu aku mengambil kesempatan dengan adik beradikku yang lain melawat semula tempat di mana aslnya kami sekeluarga...

Masa tu kebetulan aku dan bapak aku nak pi amik buah,sedang aku gigih mengambil buah, aku terdengar suara bapak aku memanggil aku. Dia menyuruh aku mengambil gambar sebuah rumah yang agak usang... Aku pun berasa sedikit hairan, kenapa agaknya bapak aku suruh aku ambil gambar umah tu?? Rupa2nya kat umah tu la aku selamat dilahirkan dan disambut oleh arwah moyang aku... Peh!!! sayu rasa kat hati aku ni..

Habis satu kawasan umah tu aku jelajah hanya untuk mengimbau kembali nostalgia zaman2 aku duk sana dulu. Aku tak berapa ingat sangat sebenarnya, cuma ada beberapa peristiwa yg masih segar dalam kepala aku kat sana.....

Di umah itu lah aku di lahir dan dibesarkan.. Di situ lah pertama kali aku menghirup udara ciptaan Tuhan Yang Maha Esa... Aku berasa amat bersyukur dan gembira pabila dibawa kembali ke sana....

Ok la.... kat bawah aku ada kepilkan beberapa gambar yang sempat aku snap...
Kepada anda semua, janganlah lupa asal usul anda. Walaupun ada kini berada dan menetap di kota2 besar, jangan lah mudah menjadi riak dan takbur sehingaakan lupa siapakah diri anda yang sebenar..

Segala apa yang anda kecapi dan miliki adalah sementara...
Fikir2 kan dan Renung2kan bersama.......

Sampai ketemu lagi.....



Ini lah Rumah Tempat Kelahiranku..



Sepat berposing ehehehee



Huhuhhu Kat tangga tu la peristiwa itu..



Thank God!!!! Finally im here back..


Uikkkk!! Kodai solin.. Tempat aku beli Eskerim dulu2


2 comments:

  1. abg..kedai solin tu sgt familiar la..tau x umah pgr itam sblah kedai tu? sape owner dia?

    ReplyDelete
  2. tu la umah sedara abg
    abg gelar an dio embong timah...

    ReplyDelete