Salam...
Eh korang... Pejam celik pejam celik kita dah semakin hampir di gerbang
2010. Tirai
2009 akan berlabuh tak lama lagi... So macam mana dengan tahun
2009 korang agaknya ye??
Well bagi aku banyak memori yang indah dan juga pahit yang telah aku tempuhi sepanjang tahun ini...
2009 bagi aku merupakan tahun yang telah banyak merubah segala-galanya. Ianya meliputi daripada segala aspek dalam diri aku. Dari segi pemikiran aku, cara hidup aku, status aku dah lain2. Terkadang tu memang aku terasa amat cepat masa tu berlalu...
Ok la,let me flash back from the early of
2009. *wink* *wink* *wink*
Pada awal Januari tahun
2009, aku telah berusaha utk menempatkan diri aku ni ke sebuah syarikat periklanan di Kuala Lumpur untuk menjalankan sesi praktikal... Huhuuuh!!! Gigih aku menghubungi syarikat tu.... Akhirnya aku berjaya ditempatkan di syarikat tersebut...
Weyh!!! takkan aku nak berulang alik kot dari umah aku kat n9 ni utk ke opis aku tu???? Gila ke!!!!! ahahahahah.. Well aku pun decide menyewa dengan rakan baik aku di Pantai Dalam sana.... Huhuhu thanks anip for everythings.... Banyak jugak kau bantu aku...... Sayang kat kau!!!!!!!
Sepanjang aku praktikal kat sana... Bnyk benda yang aku belajar... Antaranya adalah menepati masa, berdisiplin, dan yang paling penting kena melawan bos sekali sekala ahahahahahahaha!!!!! Weyh gila pressure dow aku praktikal kat sana....
Aku umpama kuli batak yang bangang yang dibuat sesuka hati mereka. DAMN!!!!!!!!!
Tapi korang tak usah gusar... Dorang belum kenal aku sape ahahahahaha..
Silap orang la klu dia nak buli aku ni........ Bnyk kali gak aku melawan supervisor aku kat opis tuh ngeh ngeh.... Apa dia ingat dia berpangkat besar aku goyang??? sori beb!!!!!!
Well thanks again to kak azrah and Kak Midah coz banyak sangat membantu aku n kawan aku menyesuaikan diri di opis neraka itu huhuhuhhuhu.... Pada 31 April 2009 aku dengan jayanya menamatkan sesi praktikal aku tu... Fuhh!!!! betapa leganya aku time tu....
23 Februari
2009Huhuhuhu pada tarikh ini la yang membuatkan aku berubah status huhuhuhuhuhuh!!!!!!!!!
Korang nak tau x sebab apa??? Ahahahahahah aku dah pun selamat bergelar sebagai seorang Pak Cik ngeh ngeh ngeh dengan kata lain sebagai "Pak Tam" huhuhu =p
Kakak aku selamat melahirkan bayi perempaun yang sihat tubuh badannya... Akak aku dan suaminya secara rasminya memberikan nama anak mereka dengan nama Nur Izzati.. Best nama anak buah aku tu... Masa tu aku sedang praktikal tau... Tak senang duduk aku bila dapat tau akak aku dah selamat bersalin... Ahahahaha aku time tu dengan jahatnya aku amik cuti dengan sendirinya and balik ke kampung utk melihat anak buah aku yang pertama ni..... Excited la siot.... Anak buah yang pertama kot....
P/S: Zati.... Pak Tam sayangkan Zati.... Jadi budak baik ye.....
1 Mei
2009...
Aku telah pergi bercuti ke pangkor... Ermm kira percutian tu seronok juga la... Hadiah utk aku menamatkan sesi praktikal la bagi aku heheheeh.. Dapat juga release tension tika tu.... Walaupun singkat aje masa percutian tu namun aku amat menghargainya...... Aku dapat juga merayau ke Teluk Intan, Bandar Ipoh, Kellie Castle dan macam2 lagi.. Best sangat!!!!
Dalam tahun ni jugak aku banyak dah menjalani sesi temuduga tau....
Tapi sumenya tak sangkut.. Mungkin tahun ni belum luck lagi kot.... Hopefully tahun depan ada ONG maaa!!!!!!!!!!!!!!
Haaaaa 18 oktober yang lepas, merupakan hari yang paling bersejarah dalam hidup aku... Hari tersebut merupakan hari graduasi aku sempena tamat pengajian di UiTM...
Aku berasa amat terharu tika tu kerana aku dapat merasakan nikmat dan kebahagiaan dalam hidup ni ahahahaah.. Mana tak nya... Aku dah bertungkus lumus bagai nak mampos belajar selama 3 tahun kan... Hari tu la hari yang perlu kita nantikan weyh ahahahaha...
Oh ye!!!! tahun ni jugak aku dapat menjejakkan kaki aku ke umbai... Huhuhuhuhu lama dah aku terhingin nak ke sana... Nak makan siput @ seafood huhuhhu... Best gak dapat makan seafood kat sana... InsyaAllah andai ada rezeki aku nanti, aku nak ke sana semula....
Tadi pada 29 Disember, aku kehilangan seorang sepupu yang berumur 43 tahun. Dia telah menderita sakit Barah Usus... Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham....
Well tu la serba sedikit hari2 yang indah dan juga hari yang sedih di sepanjang tahun
2009 ni... Actually banyak juga kisah sedih dalam hidup aku pada t
ahun 2009 ni tapi tak perlu la aku ceritakan ye.. Panjang bebonar la ahahahahahah
Well bnyk juga azam dan impian aku pada tahun
2009 ni yang tak dapat aku capai..
Tapi insyaAllah.... aku akan cuba merealisasikan azam aku itu pada tahun baru nanti.
2009 akan tetap aku kenang sama seperti mana tahun2 sebelumya.....
Tahun
2010..... Ahlan Wasahlan..... huhuhhuhu Azam yang baru akan aku sematkan...
InsyaAllah Dalam tahun
2010 akan membuatkan aku menjadi insan yang baru yang mampu melangkah dan berdiri di atas kaki sendiri... Aku yakin dan aku mampu melakukannya walau seperit mana sekalipun....
Wassalam...........
wow! banyak kesah menarik pada taun 2009 ni yer!Semoga tahun 2010 yang bakal mendatang ni akan menjadikan hidup Pian lebih bererti, ceria n semoga hidup Pian sentiasa dirahmati Allah swt.
ReplyDeletep/s: Pic kendong Zati... dinch U alzz!.. Tak cukup kain ker?! ngehhh ngeehhh