The Real Of Janggut

Wednesday, December 9, 2009

Selamat Pengantin Baru Kawanku!!!!!!


Salam....

Korang.... di musim cuti sekolah ni memang banyak kan kita akan dapat kad jemputan dari kenalan2 kita... Almaklum la.... masa cuti skolah ni lah masa yang amat sesuai untuk mengadakan pelbagai jenis keramaian sebab pasti ramai yang akan menghadirinya betul x?

Pada 29 November 2009 yang lepas, kawan aku Mohamed Fahiz Bin Tumin telah pun selamat melangsungkan Majlis Perkahwinanya bersama pasangan pilihannya Nor Puspa Dewi Binti Thani dengan jayanya yang bertempat di Kediaman pengantin perempuan di Felda Penggeli Timur, Bandar Tenggara, Johor.

Walaubagaimanapun, aku tak dapat nak menghadirkan diri ke majlis tersebut atas masalah yang tak dapat dielakkan... Aku nak mengambil kesempatan ni mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Kawanku itu.... Semoga kekal ke akhir hayat ye paiz!!! Rasa macam tak percaya je dia dah bergelar suami sekarang... Peh!!!!! heheheheh... Terkenang lak aku dengan kawan aku tu tika kitorang sama2 gigih menunggang moto di pagi yang hening untuk ke sekolah bersama2 ketika menuntut di Tingkatan 6 yang lampau ehiksz!!!!

Jadi sekarang kawanku, bertukarlah status mu... Tak dapat lagi la kita nak hangout seperti dulu... Tanggungjawab kau kini adalah untuk isterimu... peh!!! ayat nak sedey je hahhahahaha....

Paiz dan Puspa... Semoga kalian berbahagia.... Jagalah rumahtangga kalian dengan sebaiknya... Bahtera yang dibina haruslah dikemudi dengan sebaiknya......
Paiz... kau telah pun bertemu tulang rusuk kirimu...
Bila pula giliranku????

Ok la.....
Selamat Pengantin Baru!!!!!!!!!!!!!!
Daaaaaaaaaaa...........

No comments:

Post a Comment