The Real Of Janggut

Showing posts with label Memories. Show all posts
Showing posts with label Memories. Show all posts

Monday, March 15, 2010

TERSENDIRI..........

Terhempas ku terjaga dari lingkaran mimpi
Pada titik sepi...
Suaramu terngiang menembus khayalku
Yang juga tentangmu...

Dan ku akui tanpa kemunafikan
Aku cinta kau....
Bahawasanya keakuan ku bersumpah
Aku cinta kau...

Bayangmu menghantui setiap gerakku
Dan kemahuanku...
Dahagaku akanmu matikan emosi
Dugaan bisikku......

Dan ku akui tanpa kemunafikan
Aku cinta kau...
Bahawasanya keakuan ku bersumpah
Aku cinta kau

Sunday, March 14, 2010

Naib Juara Malam Gemilang Bakat 98 (S.K.T)

Salam.....
hai korang..... bertemu kembali..... kali ni janggut nak share dengan korang kisah2 masa janggut masih belum berbulu dan berjanggut lagi tika tu hahahaha!!! Ermm alkisahnya berlaku pada tahun 1998 tika tu janggut berusia 12 tahun... Nak amik UPSR uolzzz!!! hahahaha..

Kalu korang sume nak tau, janggut ni seorang yang amat pemalu la dulu.. tak tau la sebab apa.. rasanya sampai skg kot penyakit malu ni... ermmm susah nak hilang dari dalam diri ni kot... Janggut ni jugak adalah seorang yang amat pendiam di sekolah ok... gitew!!! ahahahah tapi memang betul pun... Ok la nak dijadikan cerita pada tahun tu aku last la skolah kat skolah tu... so kebetulan ada la pulak sambutan Jubli Intan kat skolah aku tu sempena genap umur skolah aku tu 100 tahun kot hahahaha aku pun tak pasti...

Bersempena dengan sambutan jubli intan tu banyak sungguh aktiviti telah diadakan tau.. Memang meriahuolz ahahaha!!! marah pulak kak senduk nanti.. Ermmm dengan tak semena2 aku dapat tau ada pertandingan karaoke tau masa tu.. aku ni dah la minat menyanyi... tapi aku ni pemalu... boleh ke ek aku join???? ermmm nak tak nak aku cuba aje la audition.. Gigih ni petang2 pi skolah nak audition.. Tapi alhamdulillah aku lepas masa audition hahahahaha!!!

Selang beberapa ari lepas tu aku dapat tau yg aku terpilih utk ke Final wah!!!!!! ahahahahahah bangga siot..... Tup2 aku dengar dua orang adik aku pun masuk final aduuiyai!!!!!! Janggut masih ingat, calon2 yang dapat masuk akhir berjumlah 8 orang kesemuanya... ermm as usual la mesti nak kena cabut undi utk giliran kan.. Korang tau x aku dapat turn nombor bape??? Turn yg terakhir siot adussssssssssss gerun sehhh!!!!!!!!!!!!!!

Hahahahhaah malam2 yang ditunggu telah tiba... Malam tu merupakan malam kemuncak untuk sambutan jubli intan utk skolah aku tu.. siap ada VIP la, Makan besar la, tu la, ni la... aku dah tak kisah dah sume tu.... yang pentingnya skg bila la nak sampai turn aku tuk menyanyi.... Tiba2 aku terdengar juruacara panggil nama aku.. Menggigil kepala lutu aku time tu sebab malam tu mmg ramai sgt orang.. Sah2 aku ni pemalu orangnya kan hahahahaha... Dah dapat microphone je aku terus dengar muzik.. apa lagi aku pun menunjukkan lah bakat aku muahahahahahahah!!!!!

Ramai orang terpaku dan terpana apabila mendengar kemerduan suara aku ni ngeh ngeh ngeh... Nak tau x masa tu janggut nyanyi lagu apa???






haaaaaaaaaaaaaaaa lagu kat atas ni la yang janggut nyanyikan malam tu heheheheh
bila janggut dengar lagu ni je mesti akan mengimbau semula kenangan terindah itu....

Ermmmmmm dah habis je janggut nyanyi, ada la persembahan selingan sebelum keputusan diumumkan.... Then tiba la masa yang ditunggu2.. Bagi tempat Ke-3 dimenangi oleh Muhamad Razif Bin Mohd Anis!!!!!!!!!!!!!!!! wawawawaawa!!!!!!!! ajib dapat no 3... ermm lagu siti kot dia nyanyi time tu.. wajah kekasih tu ahahahahaha kelasZZ.. Bagi Naib juara dimenagi oleh!!!!!!!!!!! Alfian Bin Mohd Anis ermmmm aku laaaaaaaaaaaaa hahahahaha weyh!!!!! no 2 tu hahahahahahaah bangga la jugak... Then dorang umumkan Juara Malam Gemilang Bakat.. Pemenangnya ialah Nur Azirah Binti Mohd Anis!!!!!!!!!!!! hahahahahahah sabar aje lahhh. adik aku jugak yg juara... Lagu Cindai lak tu huhuhuhu
So 1, 2, 3 adik beradik rangkul... Kenduri hamper kitorang malam tu weyh!!!! ahahahahah!!!!

Ironinya tika tu tak ada lagi handpon canggih manggih yg ada video n cam.. kalu tak dah bergambar sakan aku time tu... Walau bagaimanapun aku tetap akan mengimbau kenangan manis ni sampai bila2...

Temanya: Jangan main2 dengan anak Cik Anis Ok!!!!!!!!
Nak Karaoke jom la!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahaha


Thursday, January 14, 2010

Aku Rindu Korang Semua Wahai Members of MC224




Salam.....
Hai korang..... Well, aku tak tau la kenapa skg aku rasa rindu sgt zaman2 aku stdy dulu.. Aku rindu kat member2 class MC224.. Apa laq yang korang buat skg kan??
Yang pastinya Diaq dah bergelar Suami dan juga Ayah.... Bay n Yana bakal bergelar isteri pulak nanti.... Hehehehehe.....

Video kat atas ni aku masih simpan dalam laptop aku ni... Ada lagi satu sebenarnya video memori MC224. Tapi terlalu panjang la... Video kat atas ni sebenarnya kitorang nak dedicate kan kat Pn. Hariyati sb dah nak hujung sem la katakan huhuhu... Kebetulan masa tu bulan puasa... Tu sebab la ada wish raya bagai ahahaha...

Sepanjang Semester 1 banyak juga kenangan MC224 lakarkan... Tu semua aktiviti untuk subjek Sosiology.... Tapi memang menarik la masa belajar subjek ni.. Eventhough subjek ni byk nak kena dgr lecture but our lecturer pandai memancing kami dengan aktiviti2 yg menarik yang berkaitan dengan sosiologi... Well done Pn. Hariyati!!!!!

And for all members of MC224 batch 2006/2009.... I love u so much!!!!!
Hope sangat2 kita dapat berkumpul semula suatu hari nanti...
Guyz!!!!! Good Luck ye korang!!!!!

Enjoy that Video!!!!!!!!!!!!!!


Tuesday, January 12, 2010

KISAH BULAN, PRINGLES DAN SUZUKI SWIFT....




Salam....
hai korang semua.... Kali ni aku rasa aku nak bercerita mengenai 3 benda ini... Bunyinya amat pelik tapi ini adalah realiti kehidupan... Kisah mengenai bulan yang muncul bersendirian di waktu malam dan akan pudar di waktu siangnya.. Bulan merupakan ciptaan yang indah untuk dikurniakan kepada kita semua dan sedikit sebanyak mampu memberi ruang cahaya tika di dalam kegelapan..... Walaupun ianya hodoh di mata sesetengah insan, namun keindahannya tidak dapat dibayang....

Pringles, merupakan sejenis makanan ringan yang sedap.. Memang enak jika dikunyah.. Merupakan simbol "urban" dalam kehidupan... Walaupun sedap dimakan, namun terdapat pelbagai spekulasi yang akan timbul di sebalik makanan ringan ini....

Suzuki Swift, kenderaan yang agak mewah yang mampu membuatkan anda berasa sungguh selesa.... Kenderaan yang mampu membawa kita ke suatu fasa kemewahan hidup...

Ceritanya bermula apabila bulan berasa amat keseorangan dan ingin mencari teman di kala kesunyian... Bulan kabur dalam meniti perjalanan hidupnya.. Setiap malam, bulan pasti akan memencilkan dirinya kerna tidak mampu muncul bersendirian di waktu malam... Tiba2 bulan melihat dari atas langit, sebuah kereta suzuki swift sedang laju menyusuri jalan... Bulan melihat keadaan kereta itu umpama sedang mencari2 arah dan tujuan yang entah ke mana... Dengan keberanian yang agak kecil, bulan menampakkan dirinya supaya kereta itu mampu melihat arah yang ingin dituju...

Kereta tadi seolah2 memahami tindakan bulan... Bulan dengan rasa rendah diri terus mengabdikan diri kepada kereta untuk menjadi penemannya... Kini, bulan dan kereta mula menimbulkan kesefahaman antara satu sama lain... Bulan tidak pernah mengharapkan apa2 balasan dari kereta itu... Yang pastinya bulan berasa amat bahagia pabila dapat menerangi sang kereta dalam perjalanannya....

Kata orang, bulan tidaklah akan mampu menimbulkan diri pada setiap malam... Jadi sang kereta berasa mungkin sudah tiba masanya untuk tidak mengharapkan sepenuhnya kepada bulan. Sang kereta mula memikirkan untuk mencari teman yang mampu menjadi peneman di setiap jarak perjalanan.... Maka dengan itu, pringles lah mampu menjadi pengganti bulan... Di setiap perjalanan sang kereta, pringles pasti akan ada.... Tidak kira samada perjalanan itu jauh mahupun dekat, Pringles mampu menemani sang kereta... Sang bulan hanya mampu melihat sahaja perubahan yang telah dilakukan oleh sang kereta... Sang kereta dan Pringles tidak menyedari bahawa sang bulan hanya memerhatikan mereka dari jauh...

Sang kereta dan sang pringles memang tidak akan menyedari kehadiran sang bulan di waktu siang kerna sang bulan diterangi oleh cahaya matahari... Namun sang bulan pasti muncul di kala malam.... Bulan mula berfikir, adakah dia tidak mampu lagi untuk memberi faedah kepada kereta sedangkan sang pringles sentiasa ada bersama di dalam kereta.. Mungkin jarak sang bulan dan sang kereta adalah begitu jauh jika hendak dibandingkan dengan sang pringles..

Namun, adakalanya sang pringles sudah habis isinya... membuatkan sang kereta merindukan bulan semula..... Adakalanya, sang bulan tidak mahu lagi memunculkan diri untuk sang kereta, namun di sebalik hodohnya bulan itu, terdapat juga nilai jiwa yang suci di dalam hati bulan untuk terus menerangi hidup sang kereta... Sang pringles mula berasa tercabar kerana mula mendapat perhatian yang kurang dari sang kereta....

Oleh itu, sang pringles telah kembali dengan menawarkan pelbagai perisa dan isi yang lebih serta menjanjikan kepuasan kepada sang kereta... Sang kereta mula mempercayai akan janji2 sang pringles... Sang bulan kembali menjadi suram... Sang bulan hanya mampu berselindung di sebalik awan malam dan melihat sang kereta cukup memerlukan sang pringles dalam setiap perjalanan...

Akhirnya, sang pringles tetap juga habis isinya.... ternyata janji2 sang pringles kepada sang kereta dusta semata.... Sang kereta berasa amat sedih dengan keadaan itu... sang bulan juga turut bersimpati dengan nasib sang kereta yang sering sahaja di perlakukan sedemikian.... Namun, sang bulan tidak pernah membenci akan sang kereta kerna sang bulan telahpun berjanji kepada dirinya bahawa dia akan tetap terus menerangi perjalanan sang kereta walaupun diri sang bulan telah dilukakan sedemikian rupa....

Terdetik di dalam benak fikiran sang bulan, adakah sang kereta tidak menyedari bahawa sang bulan begitu setia kepadanya... Tidakkah sang kereta berfikir bahawa sang pringles boleh di dapati dengan pelbagai jenis perisa dan juga bole didapati di mana2 sahaja sedangkan sang bulan tidak mempunyai perisa bahkan hanya ada satu sahaja.....

Begitulah kisah 3 Benda di sekitar kita... Walaupun benda2 itu secara logiknya tidak ada kaitan antara satu dengan yang lain, namun pernahkah kita semua berfikir bahawa setiap benda di atas muka bumi ini pasti terkandung cerita di sebaliknya....

Terkadang aku termenung panjang memikirkan nasib sang bulan tadi... Adakah sang bulan mampu ceria seperti malam2 yang sudah jika sang kereta sudah tiba ke destinasi yang ingin ditujuinya?????