The Real Of Janggut

Thursday, October 29, 2009

Konvokesyen B.A (HONS) ADVERTISING MASS COMMUNICATION UiTM SHAH ALAM..

Salam....
hai... korang semua apa khabar??? Hopefully sihat la bersama family yang tersinta yer hehehehe...

Ok la korang... seperti yang korang sedia maklum, hujung2 tahun ni memang banyak IPTA n IPTS akan mengadakan istiadat konvokesyen untuk meraikan pelajar2 yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka..

Pada 18 Oktober 2009 yang lepas.. Tiba lah pula giliran aku untuk merasai sendiri kemeriahan istiadat konvokesyen.... Memang dah lama aku nanti2 kan saat ni... Setelah 3 tahun aku melalui onak duri menempuh pelbagai rintangan dan cabaran ketika di dalam pengajian, akhirnya aku telah berjaya menamatkan sesi pengajian aku dengan jayanya...

Syukur alhamdulillah....
Segala penat lelah aku selama ini telah pun terubat apabila aku telah dianugerahkan ijazah sarjana muda....

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua rakan2 aku yang turut sama berjaya menamatkan pengajian mereka.... Wish u all the best in ur future life... Segala kenangan kita bersama akan sentiasa di memori....

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa aku yang selama ini telah banyak memberikan motivasi dalam diri... Terima kasih juga kepada insan yang telah banyak membantu aku selama aku menuntut dulu... Kepada para Pensyarah,Housemate, Roomate, Soulmate hehehehe.. Thanks for everythings......

Ok la....
Sampai sini je ye....
Aku ada titipkan sekali gambar2 kenangan aku di Majlis Konvokesyen UiTM ke-71
Semoga terhibur.......





Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya....


Salam....
Ok, terlebih dahulu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada anda semua yer... Aku ni manusia biasa yang tak akan lari dari melakukan kesilapan... Kalu aku ada buat salah samada secara sengaja ataupun tidak sengaja diharap korang dapatla ampunkan kesalahan aku yer...




Berbalik kepada tajuk entry aku ni, ermm nak juga aku kongsi aktiviti aku pada hari raya pertama. Macam biasa laaa.. Pagi2 aku mandi dan terus ke surau utk menunaikan solat aidilfitri. Selepas selesai solat aku pulang ke rumah dan memakan la sikit juadah yang mak aku masak... ermmm.. Lepas tu aku dan keluarga akan mengadakan sesi memohon ampun dan maaf sesama kitorang... Sedey rasanya pagi tadi sb tak cukup adik beradik la utk sesi ni.. adik aku keje terengganu dah, abg aku tah mana ghaibnya... ermmmmm.. Tapi kedukaan tu telah dikurangkan dengan kehadiran abg ipar dan juga anak buah aku yang sulung si zati the muka ketat hahahaha!!!!!!!!




So far hari raya tahun ni tak banyak berubah pun macam tahun2 yang sudah. Bezanya cuma ahli keluarga aku kian bertambah.... itu aje. Yang pastinya perayaan aidilfitri ni disambut secara bersederhana sahaja....




Ermmm.. korang nak tau?? aku x expect la tahun ni ramai lak kekawan aku baju raya dorang sama warna lak debgan warna baju raya aku ni ha... ermmm... Aku memilih tema warna merah tahun ni... Reasonnya aku dah lama inginkan baju raya aku berwarna merah disamping aku ingin menyeragamkan warna baju raya aku dengan baju raya seseorang yang aku sgt hormati dan taati...

Ok la....
Aku terpaksa berhenti berkongsi cerita ni sebab aku dah rasa ngantuk ni....
Kepada korang sume sekali lagi aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri....

Berhati2 ketika memandu atau bergerak ke destinasi yang ingin dituju yer...
Semoga anda dan keluarga akan sentiasa disamping bersama.....

Wassalam...............

Wednesday, September 16, 2009

Sepetang Di Bazar Ramadhan



Salam.....
Lama rasanya tak memuntahkan kata2 dlm blog aku ni... Semenjak masuknya bulan Ramadhan ni mmg kurang la aku nak berkarya dalam ni.. Mungkin out of mood dengan pelbagai perkara yang berlaku kot... Btw aku nak share dengan korang aktiviti aku dengan beberapa rakan aku ketika di bulan ramadhan ni.. Biasa la dalam pukul 5 petang pasti banak orang akan pergi ke bazar ramadhan utk membeli juadah berbuka. Begitu juga dengan aku dan beberapa rakan aku yang lain. Kitorang tak akan melepaskan peluang utk ke bazar bersama2 pada setiap tahun.

Kebetulan petang tu beberapa orang kawan aku cuti pulak so ada la kesempatan tuk beli juadah berbuka bersama2 sambil mencuci mata ehiks!! Ternata petang tu ramai sungguh manusia... Ermmm pening jugak kepala... Walaubagaimanapun suasana tersebut membuat aku berasa seronok dengan pelbagai juadah kuih-muih, lauk -pauk serta air minuman dijual di sana....

Saturday, August 22, 2009

Happy Graduation Day!!!!!!!

Salam.......

Ermm terlebih dahulu aku nak ucapkan Tahniah kepada seluruh pelajar yang telah selamat dan jayanya menghabiskan sesi pembelajaran anda ye...

Termasuklah jugak kat adik laki aku ni ha..... Tahniah la ye ajib oi... Selamat Hari Graduasi kat kau.... Esok dah jadi Pembantu Perubatan tu rajin2 la rawat aku secara Pree ok hahahahaha

Tahniah jugak sebab berjaya merangkul Graduan Terbaik Kokurikulum... Ermm memang kau layak sebab macam2 kau boleh buat ye x? hehehehehehehe....

Nantikan kemunculan pic aku pulak nanti ye di istiadat konvokesyen kali ke-71 UiTM




Kak Ngah, Mak, Zati, Ajib n Ayah

Tuesday, August 18, 2009

Jalinan Ukhwah IKIM.FM


Assalamualaikum kepada semua teman2... untuk pengetahuan, aku baru je join satu lagi network community yang bagi aku amat baik baik untuk kita semua sertai.. Sudah lama rasanya aku mendengar Jalinan Ukhwah.Com ni tapi aku belum berkesempatan utuk mengetahui mengenainya. Walaubagaimanapun aku telah mengambil langkah yang bijak dengan melayari sendiri web ini. alhamdulillah.... aku juga telah mendaftar sebagai ahli.. kepada kawan2 semua mari la sama2 kita mengimarahkan lagi Jalinan ukhwah.com agar ukhwah yang dibina akan diberkati Allah SWT insyaallah........

Jika berkesempatan layari profile saya di dalan kalinan ukhwah ini di alamat: http://www.jalinanukhuwah.com/v2/MuJaHiD86


Salam Ukhwah dari saya MuJaHiD KeLaNa86

Monday, August 17, 2009

Salam Takziah Buat Allahyarham Ustaz Asri (Rabbani)



Salam...
erm. bermula episod hari ini bererti episod semalam telah terlepas dan menjadi sebagai kenangan yang mungkin terindah dan mungkin pahit. Entahlah, Kehidupan Sementara ini menjadikan aku terfikir bagaimana kah episod cerita aku ini. Tik Tok..Semalam aku di kejutkan dengan kabaran pemergian Ustaz Asri (Kumpulan Rabbani) Kumpulan nasyid yang paling aku minati. Dendangan alunan zikir, alunan al quran dan azan serta lagu-lagu yang penuh keinsafan seolah-olah membimbing aku dari terus hanyut di buai dengan kelazatan duniawi. Innalila.....aku ucapkan pada arwah ustaz Asri. Aku begitu terkesan dengan lunak suara nyanyian nya. Tiada galang gantinya. Ya Allah, Betapa aku merasai pendakwah yang berjiwa mulia ini, tidak pernah lekang dengan senyuman dan tutur kata yang begitu manis dan sopan budi pekertinya. Ya Allah, Semoga Engkau meletakkan dia sebaris dengan orang-orang yang soleh di sisi Mu Ya Allah...Hilang seorang pendakwah yang banyak mengubah kan diri ini menjadi lebih insaf dan bertaqwa pada MU Ya Allah...Siapa lagi yang dapat mengantikan dia untuk meneruskan perjuangan memartabatkan irama nasyid yang mendidik jiwa aku....:( Al fatihah)


Pergi Tak Kembali.......




Nukilan Untuk Allahyarham



Thursday, August 13, 2009

Karnival Ulangtahun Ke-8 Radio IKIM.FM

Kat depan pintu masuk IKIM



Assalamualaikum....
Haaa.... Lani aku nak cite kat korunk pengalaman aku pi ke satu karnival. Karnival ni nama dia Karnival Ulangtahun Ke-8 Radio IKIM.FM. Karnival ni kan berlangsung pada 8 Ogos 2009 yang lepas. Aku tak melepaskan peluang untuk bersama2 memeriahkan karnival ni. Biasal la... Venue dia mesti la kat perkarangan IKIM kat Jalan Duta KL nun.. Heheheheeh perjalanan nak ke IKIM ni ambil masa lama skit sebab sesat barat daaaaa huhuhuhuhu.. Tapi berkat kesabaran, akhirnya berjaya jugak sampai ke sana....



Kat sana dorang ada bukak banyak booths tau.. Macam2 ada.... ada yang jual buku, ada yang jual ubat2tan dan ada juga yang jual makanan. Apa yang penting aku terjumpa mini gerai Sup Anis Utara.... Peh maju siot Sup Anis Utara... Ingat lagi zaman2 study kat Shah Alam nun. Kerap jugak berkunjung kat restoran tu kat seksyen 2 dengan member2...


Kat sana jugak ada persembahan nasyid dari kumpulan2 nasyid tanah air. Tapi aku sempat tgk Kumpulan Saujana, Devotes dengan Now See Heart je... Sempat jugak la amik pic dorang masa dorang sedang perform


Ni Kumpulan Saujana



Kumpulan Now See Heart


Hahahahah sempat gak posing kat fountain



Apa2 pun aku rasa happy sangat sebab dapat join karnival ni... Lama jugak sebenarnya nak jejak ke IKIM ni. Since form 4 aku dah dengar Radio IKIM tapi tak berkesempatan nak ke sana. Aku dapat jugak la jumpa DJ2 IKIM. Walaupun tak sempat bergambar dengan dorang hahahahahah...