The Real Of Janggut

Monday, August 9, 2010

Panah Beracun!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Syair Laila Majnun...





Kau Yang Satu..



Harapan Ramadhan

Assalamualaikum.......
Apa khabar korang semua?? Harap2 sihat la hendaknya.. Aku tak berapa sihat la arini.. batuk masih membelenggu diri heheheh..

Ok la.. Dikesempatan ini aku dengan seikhlas hati ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak buat korang semua. Pejam celik je kita dah kembali ke Bulan yang penuh keberkatan ini. Sebenarnya banyak memori indah di bulan yang mulia ini. Namun semuanya hanya tinggal secebis kenangan dalam hidup aku yang akan aku jadikan bekalan untuk terus kuat menempuhi dugaan yang bakal mendatang..

Setiap Muslimin dan muslimat di muka bumi ni pasti ada harapan yang tersendiri di bulan Ramadhan kali ni kan?? Aku juga tidak terkecuali.. Harapan aku untuk bulan Ramadhan kali ini pastinya lebih besar. Aku ingin perbanyakkan lagi ibadah aku kepadaNya... Bulan Ramadhan mempunyai seribu satu hikmah yang tersendiri.. Moga ramadhan kali ini memberikan aku maghfirah dan kekuatan dalam dugaan yang bakal dan telah pun aku tempuh..

Semoga dengan segala ibadat yang bakal aku dirikan nanti mampu di terima olehNya dan dapat menghapuskan segala dosa2 aku.. Aku tidak sanggup lagi bergelumang dengan dosa-dosa yang telah aku lakukan.. Ya Allah.. Kau makbulkan harapan aku ini.....




Sunday, August 8, 2010

Elaun Pertama....

Salam.....
Apa khabar? Harap korang semua sihat di samping orang yang tersayang. Untuk pengetahuan korang,aku telah terima elaun pertama aku sejak menyertai kursus di MyIPO. Alhamdulillah.... walaupun jumlah elaun tersebut tak la sebanyak mana namun aku amat bersyukur kerana semuanya hasil titik peluh aku sendiri.. Sebelum menerima elaun ni, awal2 lagi aku dah bertekad untuk berkongsi dengan beberapa orang yang sangat aku penting dalam hidup aku.. Aku ingin berkongsi hasil titik peluh aku bersama2 dengan mereka.

Aku rasa aku tak dapat nak menyimpan untuk elaun yang pertama ni. Banyak benda yang harus aku dahulukan.. Aku sangat sangat teringin utk memberikan sedikit elaun aku kepada ibu bapa aku. Kalau korang nak tau, aku akhirnya berjaya juga memberikannya kepada ibu bapa aku.. Aku lebih prefer bagi by hand je dari bank in. Lebih afdal...
Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku dapat sms dari kakak aku, nak berpicnic di PD katanya hehehhehe.. Lama dah tak spend masa dengan family. Aku pun dengan segera bersetuju untuk join venture picnic tersebut. Hari Selasa lepas aku dah pun beralih kepada sesi Latihan Kerja di opis aku. Tiba2 aku dan beberapa orang rakan aku yang lain dipanggil oleh bos. Kami semua diarahkan untuk bertugas di satu majlis pameran yang dianjurkan oleh CIMB Bank di Midvalley.. Pameran tersebut berlangsung selama 3 hari. Aku diarahkan untuk bertugas pada hari terakhir iaitu hari sabtu lepas. Aduhhhh!!! sebaknya hati sebab kebetulan hari tu la hari aku nak pi picnic dengan family aku. Baru je plan nak balik ke kampung lepas balik dari keje. Tapi apakan daya, kena bertugas la pulak..

Hari sabtu tu aku pun menjalankan tugas yang telah diarahkan. Mak aiii!! penatnya aku nak kena bercakap dengan pengunjung2 kat majlis pameran tu. Macam2 ragam orang aku perhatikan heheheh.. Masa bertugas aku dari jam 10 pagi sampai ler 7 malam.. Haihhh masa bertugas terkenang2 jugak kegembiraan family aku berpicnic kat PD.. ermmm hilang mood rasanya.. Tapi aku tetap tak berputus asa untuk merealisasikan impian aku utk memberikan sedikit elaun aku kat mak ayah aku. Lepas selesai je bertugas, aku terus pulang ke kampung. Adehhh what do you expect midvalley hari sabtu? Penuh dengan manusia yang membanjiri Pusat membeli belah tu.. Lagi2 kat Stesen Komuternya.. Nak melalak aku rasa bila aku tgk ramai orang duk tunggu benda panjang tu.. Aku terpaksa la korbankan dua train yang melintas kat depan aku sob sob sob...

Train yang ke 3 ni memang aku dah tak bole sabar. Aku pun terus berebut2 dan berhimpit2. Akhirnya aku ditelan juga oleh benda panjang tu heheheh.. Ya ampun!!! sesak sangat keadaan masa tu.. Aku sangat simpati dengan seorang pasangan suami isteri bersama dengan anak kecilnya. Anak dorang menangis2 sebab kesesakan. Aku hanya dapat mendengar dan memandang je kejadian tu..

Akhirnya aku selamat juga smpai di Seremban. Kat Seremban, adik lakiaku dah tunggu aku untuk meneruskan perjalanan lagi setengah jam ke umah.. Sepamjang perjalanan aku membuta je. Kepenatan yang teramat sangat.. Akhirnya aku sampai juga di umah.. Sejuknya hati aku bila berjumpa dengan keluarga aku. Rasanya hilang segala masalah yang aku tanggung selama ni..

Keesokannya, aku bersama2 dengan mak aku pergi ke pekan berdekatan dengan umah aku. Tujuannya ialah?? "SHOPPING!!!!" heheheh. Lama dah aku tak bershoping dengan mak aku. Syok sangat.. Aku membeli beberapa helai baju kemeja, seluar dan juga kasut. Heheheh kalau korang nak tau, kasut aku pakai sebelum ni dah koyak tau heheheh... Dah dapat elaun baru la aku dapat beli yang baru. Puas hati juga shoping kat pekan aku tu. Walaupun tak ada barang2 yang branded tapi kualitinya bagus tau.. Murah pun murah.. hehehhehe.. Aku sempat juga belikan mak aku kain dan sepasang kasut untuk ayah aku.. Wah!!! memang rasa nak mengalir air mata bila aku dapat juga memberikan sesuatu kepada ibu bapa aku sebab selama ni dorang yang menanggung aku..

Petang tu jugak la aku nak kena bersiap2 balik ke KL.. Haihhh rasa tak puas, sehari je dapat spend masa dengan family.. Sayu hati aku.. Tapi apa bole buat kan? aku sekarang dah bekerja so kena la mendisiplinkan diri. Petang tu jugak aku balik ke KL, tumpang abang ipar ke seremban then aku balik la sendiri ke KL..

Hari ni aku sangat rasa berpuas hati sebab aku dah berjaya menyempurnakan impian aku cuma ada beberapa lagi yang belum dapat aku sempurnakan iaitu berpindah ke umah sewa yang mampu berikan aku ketenangan jiwa.. Insyaallah aku masih berusaha mencari umah sewa bersama2 dengan rakan sekerja aku... Dijangka lepas raya nanti la.. Bulan puasa pun dah nak muncul tiba.. .... insyaAllah, akan aku laksanakan impian aku tu..

Ok la korang, aku dah ngantuk ler.. Ni penangan ubat batuk kot. Lalok jadinya lepas makan ubat batuk. Maklum la, sekarang ni musim batuk so berhati2 lah ye. Jangan sampai dijangkiti.

Salam 1 Malaysia semua....


Tuesday, July 20, 2010

Public Speaking Daaaaaa!!!!!



Salam korang...
Haaaaaaaaa arini aku nak cerita kat korang serba sedikit lagi aktiviti aku di dalam Program Pelatih Harta Intelek.. Ok la, untuk pengetahuan korang, kesemua pelatih harus melalui kursus2 dan juga assesment yang telah disediakan pihak penganjur. Antara kursus yang telah dibuat ialah Kursus Pengucapan Awam atau dalam bahasa jawanya "Public Speaking".

Ternyata kursus ini banyak mengajar dan melatih aku untuk lebih berani berkomunikasi secara berkesan. Kursus ini sekaligus memberikan aku motivasi untuk meningkatkan diri dan juga keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai.. Korang nak tau x? masa kursus tu kitorang harus memilih idola kitorang masing2 dan memilih nama dorang sebagai nama kita.. Dengan yakinnya aku memilih Donald Trumph ye heheheh.. Lepas je pilih nama tu kitorang kena memperkenalkan diri kat khalayak ramai dengan nama tu.. Kita kena imagine idola kita tu sebagai diri kita hahahahha.. Kelakar gila.. ada yg pilih Sheila majid, amy mastura, sharifah aini dan lain2. Bila masing2 perkenalkan diri, macam2 karenah la yang kuar hehehehe..




Secara peribadi, aku memang tertarik dengan kursus public speaking ni. Sebenarnya aku ada amik subjek pengucapan berkesan masa stdy kat uitm dulu tapi aku rasa kursus ni lebih berkesan sebab aku berhadapan dengan pelbagai peringkat umur.. kitorang dapat berkongsi idea masing2..



Penceramah kami namanya En Azmi.. Beliau sangat la down to earth ye... Tapi bila mengendali kursus ni, aku pulak yang pandang down to earth dengan kehebatan dia ye... heheheheh..



ok la.... setakat ni je dulu... aku nak sambung stdy lerr..
Exam dah dekat ni... Samapai ketemu lagi...
Salam 1 Malaysia buat anda semua!!!!

Monday, July 19, 2010

Aku Yang Terbaru...


Logo MyIPO

Assalamualaikum korang...
Hai.. lama jugak kan aku tak berceloteh kat cni.. Bukannya apa, aku bz skit la.. Macam2 benda yang aku alami sepanjang kehilangan aku kat cni tau...

Ok la.. untuk kali ni aku nak berkongsi dengan korang semua tentang perjalanan hidup baru aku sekarang.. Untuk pengetahuan korang semua, sekarang aku sedang menghadapi kursus yang agak penting jugak la.. Aku skg join kursus Perbadanan Harta Intelek kat Menara Dayabumi nun... Kursus ni penting ye sebab aku nak dapatkan jawatan Gred IP41.. Kira pegawai la kaedahnya.. Insyaalah.. harap2 aku berjaya dalam peperiksaan yang bakal aku hadapi 28 julai nanti..


Konon2 Tender Berjuta Ringgit...

Sepanjang kursus ni aku banyak belajar benda2 baru dalam hidup aku. Antaranya Nilai2 Integriti,Public Speaking dan banyak lagi la.. Pengisian kursus2 tersebut sangat menarik.. Selain tu, aku juga didedahkan dengan setiap department2 kat Perbadanan Harta Intelek tu.. Ermm agak2nya kat department mana la ye akan aku ditempatkan?? Kemungkinan kat Public Relation Department kot... heheheheh..


Aku dan Rakan2 Kursus yang lain...

Untuk pengetahuan korang juga, Perbadanan Harta Intelek ni adalah sebuah agensi kerajaan yang berada di bawah naungan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan. Agensi ini telahpun diperbadankan pada 3 Mac 2003.. Kira Kerajaan la jugak kan heheheheh...


Love My Group...
Ok la ye.. Sampai sini aje la dulu buat masa ni.. Arini kesihatan tak berapa baik.. Sedang menghidapi batuk, demam dan selesema haihhhh!!!

Sampai ketemu lagi ye..... Daaa.....