The Real Of Janggut

Monday, November 9, 2009

Bertamu Di Kalbu.........


Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu


Saturday, November 7, 2009

Kau Aku....



Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti






Friday, November 6, 2009

KerisPatih ----> Demi Cinta


Maaf, ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia-siakan hidupku,
Dan kubawa kau seperti diriku

Walau hati ini t'rus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi ku lakukan semua demi cinta

Akhirnya juga harus ku relakan kehilangan cinta sejatiku
Segalanya t'lah ku berikan
Juga semua kekuranganku

Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku t'rima semua demi cinta

Jujur, aku tak kuasa,
Saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi,
Kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Ku temukan dirimu bahagia
Ijinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya


Thursday, November 5, 2009

Restoran Terapung Umbai Melaka.....

Salam semua....
Erm rasanya korang mesti suka kan seafood. Ehiks... aku pun tak terkecuali la....
Gila tak suka seafood!!!!! melainkan orang yang ada alahan la kan... Bila makan je seafood mula la bintat2 badan jadi merah aiyooo!!!!!

Suatu ketika yang indah dulu, aku ada la juga try seafood kat Bagan Lalang Sg. Pelek nun...
Ermmm... not bad gak tempat tu tau....
Masa aku pi tu time senja... Romantik gitu ahahahaah!!!!
Memang cantik tau pemandangan kat sana ketika matahari nak terbenam Pehh!!!!!!!!

Tapi melalui penceritaan kawan2 aku n summary yang telah mereka bentangkan kat aku ternyata ada lagi tempat yang menarik utk kita makan seafood nih rupanya.....

Haaaa mesti korang tau kan... Apa lagi?? Restoran Terapung Umbai kat melaka laa...
Dengar cite kat sana bnyk pilihan gerai makanan seafood yang bole kita cuba...
Actually lama dah aku teringin nak ke umbai ni tapi belum berkesempatan lagi....
Lagi pun mmg lama dah aku tak jejakkan kaki aku ni ke negeri yang terkenal dengan nama Parameswara ni....

Haaaa!!!! tengok je la kat gambar atas tu... Banyak kan pilihan gerai seafood yang boleh kita pilih.
Rasanya mesti nama2 gerai kat sana menarik kan? ehiks..... Al maklum la.... masing2 nak tarik perhatian pengunjung dan pelanggan untuk singgah ke gerai mereka....

Haaaa... pic kat atas ni pic restoran time malam.. Cantik kan view tu..... Insyaalah...
suatu hari yang indah nanti aku pasti akan menjejakkan kaki aku ke sana juga nanti..

Ok la korang...
aku dah tak ada benda lagi la nak tulis ni.....
Jumpa di lain entry ek....
Salam and Good day!!!!!!


Thursday, October 29, 2009

Konvokesyen B.A (HONS) ADVERTISING MASS COMMUNICATION UiTM SHAH ALAM..

Salam....
hai... korang semua apa khabar??? Hopefully sihat la bersama family yang tersinta yer hehehehe...

Ok la korang... seperti yang korang sedia maklum, hujung2 tahun ni memang banyak IPTA n IPTS akan mengadakan istiadat konvokesyen untuk meraikan pelajar2 yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka..

Pada 18 Oktober 2009 yang lepas.. Tiba lah pula giliran aku untuk merasai sendiri kemeriahan istiadat konvokesyen.... Memang dah lama aku nanti2 kan saat ni... Setelah 3 tahun aku melalui onak duri menempuh pelbagai rintangan dan cabaran ketika di dalam pengajian, akhirnya aku telah berjaya menamatkan sesi pengajian aku dengan jayanya...

Syukur alhamdulillah....
Segala penat lelah aku selama ini telah pun terubat apabila aku telah dianugerahkan ijazah sarjana muda....

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua rakan2 aku yang turut sama berjaya menamatkan pengajian mereka.... Wish u all the best in ur future life... Segala kenangan kita bersama akan sentiasa di memori....

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa aku yang selama ini telah banyak memberikan motivasi dalam diri... Terima kasih juga kepada insan yang telah banyak membantu aku selama aku menuntut dulu... Kepada para Pensyarah,Housemate, Roomate, Soulmate hehehehe.. Thanks for everythings......

Ok la....
Sampai sini je ye....
Aku ada titipkan sekali gambar2 kenangan aku di Majlis Konvokesyen UiTM ke-71
Semoga terhibur.......





Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya....


Salam....
Ok, terlebih dahulu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada anda semua yer... Aku ni manusia biasa yang tak akan lari dari melakukan kesilapan... Kalu aku ada buat salah samada secara sengaja ataupun tidak sengaja diharap korang dapatla ampunkan kesalahan aku yer...




Berbalik kepada tajuk entry aku ni, ermm nak juga aku kongsi aktiviti aku pada hari raya pertama. Macam biasa laaa.. Pagi2 aku mandi dan terus ke surau utk menunaikan solat aidilfitri. Selepas selesai solat aku pulang ke rumah dan memakan la sikit juadah yang mak aku masak... ermmm.. Lepas tu aku dan keluarga akan mengadakan sesi memohon ampun dan maaf sesama kitorang... Sedey rasanya pagi tadi sb tak cukup adik beradik la utk sesi ni.. adik aku keje terengganu dah, abg aku tah mana ghaibnya... ermmmmm.. Tapi kedukaan tu telah dikurangkan dengan kehadiran abg ipar dan juga anak buah aku yang sulung si zati the muka ketat hahahaha!!!!!!!!




So far hari raya tahun ni tak banyak berubah pun macam tahun2 yang sudah. Bezanya cuma ahli keluarga aku kian bertambah.... itu aje. Yang pastinya perayaan aidilfitri ni disambut secara bersederhana sahaja....




Ermmm.. korang nak tau?? aku x expect la tahun ni ramai lak kekawan aku baju raya dorang sama warna lak debgan warna baju raya aku ni ha... ermmm... Aku memilih tema warna merah tahun ni... Reasonnya aku dah lama inginkan baju raya aku berwarna merah disamping aku ingin menyeragamkan warna baju raya aku dengan baju raya seseorang yang aku sgt hormati dan taati...

Ok la....
Aku terpaksa berhenti berkongsi cerita ni sebab aku dah rasa ngantuk ni....
Kepada korang sume sekali lagi aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri....

Berhati2 ketika memandu atau bergerak ke destinasi yang ingin dituju yer...
Semoga anda dan keluarga akan sentiasa disamping bersama.....

Wassalam...............

Wednesday, September 16, 2009

Sepetang Di Bazar Ramadhan



Salam.....
Lama rasanya tak memuntahkan kata2 dlm blog aku ni... Semenjak masuknya bulan Ramadhan ni mmg kurang la aku nak berkarya dalam ni.. Mungkin out of mood dengan pelbagai perkara yang berlaku kot... Btw aku nak share dengan korang aktiviti aku dengan beberapa rakan aku ketika di bulan ramadhan ni.. Biasa la dalam pukul 5 petang pasti banak orang akan pergi ke bazar ramadhan utk membeli juadah berbuka. Begitu juga dengan aku dan beberapa rakan aku yang lain. Kitorang tak akan melepaskan peluang utk ke bazar bersama2 pada setiap tahun.

Kebetulan petang tu beberapa orang kawan aku cuti pulak so ada la kesempatan tuk beli juadah berbuka bersama2 sambil mencuci mata ehiks!! Ternata petang tu ramai sungguh manusia... Ermmm pening jugak kepala... Walaubagaimanapun suasana tersebut membuat aku berasa seronok dengan pelbagai juadah kuih-muih, lauk -pauk serta air minuman dijual di sana....