The Real Of Janggut

Tuesday, July 20, 2010

Public Speaking Daaaaaa!!!!!



Salam korang...
Haaaaaaaaa arini aku nak cerita kat korang serba sedikit lagi aktiviti aku di dalam Program Pelatih Harta Intelek.. Ok la, untuk pengetahuan korang, kesemua pelatih harus melalui kursus2 dan juga assesment yang telah disediakan pihak penganjur. Antara kursus yang telah dibuat ialah Kursus Pengucapan Awam atau dalam bahasa jawanya "Public Speaking".

Ternyata kursus ini banyak mengajar dan melatih aku untuk lebih berani berkomunikasi secara berkesan. Kursus ini sekaligus memberikan aku motivasi untuk meningkatkan diri dan juga keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai.. Korang nak tau x? masa kursus tu kitorang harus memilih idola kitorang masing2 dan memilih nama dorang sebagai nama kita.. Dengan yakinnya aku memilih Donald Trumph ye heheheh.. Lepas je pilih nama tu kitorang kena memperkenalkan diri kat khalayak ramai dengan nama tu.. Kita kena imagine idola kita tu sebagai diri kita hahahahha.. Kelakar gila.. ada yg pilih Sheila majid, amy mastura, sharifah aini dan lain2. Bila masing2 perkenalkan diri, macam2 karenah la yang kuar hehehehe..




Secara peribadi, aku memang tertarik dengan kursus public speaking ni. Sebenarnya aku ada amik subjek pengucapan berkesan masa stdy kat uitm dulu tapi aku rasa kursus ni lebih berkesan sebab aku berhadapan dengan pelbagai peringkat umur.. kitorang dapat berkongsi idea masing2..



Penceramah kami namanya En Azmi.. Beliau sangat la down to earth ye... Tapi bila mengendali kursus ni, aku pulak yang pandang down to earth dengan kehebatan dia ye... heheheheh..



ok la.... setakat ni je dulu... aku nak sambung stdy lerr..
Exam dah dekat ni... Samapai ketemu lagi...
Salam 1 Malaysia buat anda semua!!!!

Monday, July 19, 2010

Aku Yang Terbaru...


Logo MyIPO

Assalamualaikum korang...
Hai.. lama jugak kan aku tak berceloteh kat cni.. Bukannya apa, aku bz skit la.. Macam2 benda yang aku alami sepanjang kehilangan aku kat cni tau...

Ok la.. untuk kali ni aku nak berkongsi dengan korang semua tentang perjalanan hidup baru aku sekarang.. Untuk pengetahuan korang semua, sekarang aku sedang menghadapi kursus yang agak penting jugak la.. Aku skg join kursus Perbadanan Harta Intelek kat Menara Dayabumi nun... Kursus ni penting ye sebab aku nak dapatkan jawatan Gred IP41.. Kira pegawai la kaedahnya.. Insyaalah.. harap2 aku berjaya dalam peperiksaan yang bakal aku hadapi 28 julai nanti..


Konon2 Tender Berjuta Ringgit...

Sepanjang kursus ni aku banyak belajar benda2 baru dalam hidup aku. Antaranya Nilai2 Integriti,Public Speaking dan banyak lagi la.. Pengisian kursus2 tersebut sangat menarik.. Selain tu, aku juga didedahkan dengan setiap department2 kat Perbadanan Harta Intelek tu.. Ermm agak2nya kat department mana la ye akan aku ditempatkan?? Kemungkinan kat Public Relation Department kot... heheheheh..


Aku dan Rakan2 Kursus yang lain...

Untuk pengetahuan korang juga, Perbadanan Harta Intelek ni adalah sebuah agensi kerajaan yang berada di bawah naungan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan. Agensi ini telahpun diperbadankan pada 3 Mac 2003.. Kira Kerajaan la jugak kan heheheheh...


Love My Group...
Ok la ye.. Sampai sini aje la dulu buat masa ni.. Arini kesihatan tak berapa baik.. Sedang menghidapi batuk, demam dan selesema haihhhh!!!

Sampai ketemu lagi ye..... Daaa.....