The Real Of Janggut

Thursday, March 22, 2012

Congratulation Guyzz For The Confirmation!!




Assalamualaikum..

Hari ini aku dapat berita daripada bekas rakan sekerja aku bahawa mereka telah pun disahkan jawatan tetap di organisasi lama tempat aku berkhidmat dulu. Tahniah buat anda semua. Setelah banyak cabaran dan halangan telah mereka tempuh akhirnya apa yang mereka semua hajati tercapai juga.

Aku masih ingat lagi, mereka terpaksa mengharungi pelbagai kursus anjuran organisasi ini hanya untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan untuk mendapatkan pengesahan jawatan. Dan yang paling penting mereka haruslah lulus di dalam Peperiksaan Induksi. Aku juga sempat mengambil peperiksaan tersebut. Walaubagaimanapun, aku telah terkandas di dalam peperiksaan induksi kali pertama. Ramai juga yang terkandas.

Aku tidak patah semangat. Pada bulan Disember 2011 aku dan rakan2 yang lain telah menduduki semula peperiksaan induksi buat kali kedua. Syukur alhamdulillah aku telah berjaya.

Walaubagaimanapun ada 2 orang lagi rakanku telah terkandas. Dia adalah rakan satu department aku dan sorang lagi daripada department yang lain. Aku banyak bagi semangat kepada dia agar jangan mudah berputus asa. Dia menerimanya dengan hati yang tabah.

Selepas mendapat result induksi, aku dikejutkan dengan satu lagi surat. Aku betul2 terkjut apabila mendapati itu bukanlah surat tetapi sehelai notis. Aku diarahkan untuk ditukarkan ke department Rekabentuk Perindustrian. MasyaAllah!!! luluh hati aku apabila aku harus bertukar kurang daripada 24 jam..

Rakan satu department dan satu floor sangat berdukacita dengan notis yang telah aku perolehi. Aku tak mampu berbuat apa2 dan hanya mengikut arahan.

Jiwa aku ketika itu dah la tidak tenteram ditambah pula dengan masalah yang menimpa. Aku cukup terpukul. Selepas aku berpindah ke department tersebut aku cuba jalankan tugas dengan sebaik mungkin. namun aku memang tidak berdaya. Hati dan jiwa aku ternyata tidak di situ. Fikiran aku juga melayang-layang dek mengenangkan masalah peribadi yang telah menimpa aku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa.

Segalanya hanya tinggal kenangan. Aku harus berundur kerana jiwa aku tidak lagi untuk berada di kota yang penuh dengan pancaroba.

Buat teman-temanku. Selamat berjuang buat kalian semua. Tahniah di atas pengesahan jawatan tersebut. Terima kasih di atas doa kalian buat aku. Dan aku juga sentiasa berdoa agar kalian mampu berkhidmat dengan lebih efisen untuk menaikkan nama organisasi.






Tuesday, March 20, 2012

Nirwana Band - Sudah Cukup Sudah



Assalamualaikum...

Malam ni just nak share lagu ni debgan korang semua. Aku mula menyedari akan kehadiran lagu ni di dalam facebook. Aku rasa pelik, kenapa ramai sangat yang selalu post lagu ni di wall facebook dorang. So aku pun cuba la dengar lagu ni dan cuba hayati sendiri lirik lagu ni. Ermmm bila dengar aku jadi speechless.

Mari perdengarkan bersama...