The Real Of Janggut

Monday, January 30, 2012

Juara Lagu Awan Nano



Tahniah Hafiz!!!

Malam Juara Lagu telah pun berlangsung. Ternyata lagu jangkaan aku untuk menjuarai Anugerah Juara Lagu benar-benar menjadi nyata. Lagu Awan Nano ini memang begitu puitis. Lirik lagu yang sangat kuat menjadikan lagu ini sangat indah untuk diperdengarkan.

Pertama kali lagu ini aku dengari melalui youtube yang telah dikongsi oleh rakan fb aku yang juga rakan seperjuangan ketika di universiti dahulu. Percaya atau tidak, ketika aku menghayati bait lirik lagu ini ditambah dengan klip videonya yang sungguh menyayat hati ternyata berjaya menitiskan air mata aku heheheh..

Syabas diucapkan kepada Hafiz kerana berjaya juga menyandang gelaran vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu 26. Memang vokal Hafiz malam itu superb!!! Dengan hanya mengenakan pakaian yang serba ringkas tetapi dengan kehebatan vokal beliau telah menenggelamkan penyanyi2 yang lain.

Tahniah sekali lagi!!!!!!!!!!!!



Mak, Ayah Maafkan Saya

Assalamualaikum..
Aku tak boleh pendam apa yang aku rasakan sekarang. Memang sakit sebenarnya. Ternyata aku sekali lagi membuat mak dan ayah aku berasa kecewa dengan keputusan yang telah aku ambil. Namum aku tiada pilihan.

Memang aku rasa sungguh bersalah tapi setelah aku berfikir panjang,itu adalah keputusan yang terbaik bagi diri aku sendiri. InsyaAllah.. Saya akan membuat mak dan ayah gembira semula. Cuma saya memerlukan masa.

Anakmu ini hanya memerlukan masa untuk sembuh dari segala igauan dan racun yang masih menghantui fikiran. Anakmu ni memerlukan restu anda berdua supaya tenang menempuh dugaan hidup ini.


Tuesday, January 24, 2012

Saturday, January 21, 2012

Sedetik Lebih



Assalamualaikum...

Sebenarnya tak ada apa yang nak diceritakan. Juz nak berkongsi satu video je. Nyanyian aku yang tak seberapa.

Enjoy this video..

Monday, January 16, 2012

Penyudah segala cerita

Assalamualaikum.

Mood aku hari ni memang sedikit sayu sebab aku rasa aku dah laksanakan apa yang perlu untuk menyudahkan satu penceritaan yang selama ini bergolak. 17 Januari 2012 merupakan tarikh yang akan aku kenang sehingga akhir hayat aku kerana di situ lah penyudah segala cerita dengan beberapa watak yang terlibat di dalam penceritaan ini.

Aku tak dapat menaggung dek igauan dahulu. Ternyata semuanya akan hanya melemahkan aku. Pelbagai dugaan telah aku lalui suatu ketika dahulu. Aku pernah dilabel sebagai penutup rezeki orang, dianggap sebagai lupa daratan,dan aku juga pernah disamakan seperti anjing di tepi jalan. Semuanya aku telan dan tanggung sendirian. Semuanya bermula dengan KERJA.

Aku sedar, aku masih jahil dalam menempuh kehidupan. Aku memerlukan seseorang yang mampu membimbing aku. Ternyata apa yang aku harapkan rupanya menjadi sebaliknya. Tak mengapa la. Aku ambil ianya sebgai satu pengalaman hidup.

Bagi aku, kerja yang sedang aku jalankan ini mempunyai cerita yang tersendiri. Banyak kisah di sebalik semuanya. Aku pernah untuk melupakan segalanya tetapi aku gagal melaksanakannya. Aku harus akur dengan pilihan yang telah aku buat. Aku harus lepaskan segalanya agar igauan dulu tidak menghantui aku. Aku nak mulakan semuanya dari mula.

Terima kasih di atas segala kenangan dan pengalaman aku sepanjang menjalankan tanggungjawab ini. Kini aku lepaskannya demi untuk ketenangan aku sendiri..


Monday, January 9, 2012

Thursday, January 5, 2012

Lara Lagi ~ Adira




Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia...


Wednesday, January 4, 2012

~ Homesick ~




Assalamualaikum..

Hai kengkawan.. bertemu lagi di dalam entry terbaru aku ni. Awal-awal tahun biasalah.. keje tak banyak lagi. Alang-alang keje tak banyak ni aku ambil peluang la nak tambahkan lagi koleksi entry dalam blog aku ni.

Ok la.. tak nak mukadimah panjang2 sangat sebab nanti rasa bosan la pulak kan. Hari ni aku juz nak kongsi dengan korang semua tentang satu penyakit yang telah menyerang aku. Aku sekarang dah mula menunjukkan simptom penyakit "Homesick".. Aishhh habislah aku!!!! Sejak kebelakangan ni aku memang asik teringatkan kampung je. Setiap kali hujung minggu aku mesti akan pulang ke kampung. Aku rasa kalau weekend aku tak balik kampung rasa macam tak lengkap hari2 aku.

Life aku sekarang cukup simple. Pagi keluar rumah pergi ke pejabat, malam baru sampai rumah. Sebelum pulang ke rumah, kalau ada mood aku akan peluhkan badan aku sikit kat Gym. Then balik rumah mesti badan dah penat gila. Tiap hari macam tu la rutin aku. Dan sekarang aku pasti menunggu-nunggu hari jumaat sebab habis waktu keje je aku terus bertolak balik kampung. Feeling nak balik kampung tu seolah2 macam dah 3 tahun tak berjumpa keluarga hah kah kah...

Tak tau la sebab apa, tapi apa yang pasti, bila aku balik tengok muka mak dan ayah je pasti aku rasa tenang sangat. Doranglah penawar bagi aku. Ermm tapi yang pastinya aku memang susah untuk hilangkan penyakit "Homesick" aku ni.. Haissshhhh!!!! Bukannya apa, sebab aku rasa weekend aku rasa bosan sebab tak buat apa2 so better aku habiskan masa aku dengan family aku je.

Hopefully aku boleh atasi penyakit aku ni.. Mungkin akan mengambil masa yang lama untuk pulih tapi walaubagaimanapun, aku kena berusaha supaya penyakit ni hilang sedikit demi sedikit.

Ok la kengkawan.. InsyaAllah kita berbicara lagi di lain entry ye..
Salam....

Tuesday, January 3, 2012

Ke Mana Arah?

Assalamualaikum..

Salam sejahtera buat semua. Di masa yang ada ni boleh ler aku tambahkan lagi entry terbaru aku. Secara rasminya, ini adalah entry aku yang pertama bagi tahun 2012. Orang ramai sibuk membuat ucapan Selamat Tahun Baru, Azam Baru dan sebagainya. Tapi bagi aku, apa yang penting adalah mencari arah yang pasti dalam hidup aku.

Sejak kebelakangan ni semangat aku untuk bekerja sangat down. Aku dah mula rasa aku bukan orang yang sesuai untuk teruskan semua ini. Banyak faktor sebenarnya yang membuatkan aku mula berkata2 dalam hati. Ternyata, persekitaran kerja di tempat kerja aku ni sangat teruk dengan amukan politik yang sememangnya sangat menjengkelkan aku. Kini barulah aku mengeri, kenapa masyarakat kita memang sukar untuk maju. Hanya untuk kepentingan diri sendiri, mereka sesuka hati menindas orang di bawah mereka.

Aku seperti biasa ler, tak sudah2 menjadi mangsa kepada mereka yang buas mengejar nama. seringkali aku berfikir, mengapa kaum Melayu tak pernah sedar akan semua ini? Ke mana pergi akal mereka? Mengapa kalian mengejarkan pangkat, darjat dan harta? Adakah itu semua menjamin untuk korang kekal abadi di dalam dunia ni?

Come on!! Open your mind wahai kaum ku.. Bukalah mata hati anda, janganlah disebabkan pangkat dan nama sehingga korang sanggup menikam orang dari belakang. Disebabkan masalah ini lah, aku dah tekad dalam membuat keputusan.

Hati dan jiwa aku tak ada lagi ditempat kerja ni. Setiap pagi hanya memikirkan tuah yang datang menerpa ke dalam diri aku. Tapi aku haruslah berusaha untuk semua itu. Kejayaan tak datang secara bergolek. InsyaAllah... sesuatu yang baik pasti datang menjemput aku. Hanya masa yang akan menentukan...

Newer Posts Older Posts Home