The Real Of Janggut

Tuesday, November 22, 2011

Selamat Pengantin Baru Adikku




Assalamualaikum..

Apa khabar buat anda semua. Dah terlalu lama aku tidak melakarkan sesuatu di dalam blog aku ni.. Aku mohon maaf kerana banyak perkara yang telah berlaku yang betul2 membuatkan semangat aku menjadi sedikit lebur. Walau apa pun yang telah berlaku, aku harus kuat. Aku yakin aku mampu menempuh hidup dengan lebih sempurna. InsyaAllah..

Ok la.. tak nak fikir lagi tentang perkara yang dah pun berlalu. Kini aku tak mahu lagi toleh ke belakang.

Merujuk kepada tajuk entry ni, sudah semestinya aku akan mengupas sedikit mengenai Majlis perkahwinan adik lelaki aku yang telah pun berlangsung dengan sempurna di kampung keluarga orang rumah dia kat Jeli nun. Pergh!! memang satu pengalaman yang menyeronokkan apabila kami beramai2 konvoi ke sana. Family aku ada menyediakan pengangkutan iaitu sebuah bas yang disewa khas untuk rombongan ke sana. Lebih kurang seramai 30 lebih orang menyertai rombongan ini.

Alhamdulillah, perjalanan kami ke sana selamat dan berjalan lancar. Rombongan kami ke Jeli bergerak pada jam 10 malam. Sebelum memulakan perjalanan, sudah semestinya bacaan doa harus disempurnakan.

Walaubagaimanapun, aku tidak menaiki rombongan bas pada ketika itu sebaliknya aku menaiki kereta adikku bersama pengapit..Hehehehe.. Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Kami singgah sebentar di Petronas Karak dan Gua Musang untuk rehatkan diri. Aku,adik aku dan pengapit tiba di Jeli tepat jam 7 pagi dan rombongan bas tiba sekitar 9 pagi.

Akibat terlalu mengantuk, aku, adik aku dan pengapit memmbungkang kat homestay yang telah disediakan oleh keluarga pihak perempuan. Tidur tak hingat dunia sampai kami tak berkesempatan join rombongan bas terus ke Rantau Panjang aishhhhh!!!! Xpe la, tidur lebih penting ketika itu hehehehehe...

Malam tu selepas solat Isyak secara berjemaah di Masjid Jeli, upacara akad nikah adik aku dilangsungkan. Alhamdulillah, dengan hanya sekali lafaz kini adik aku dah pun bergelar seorang suami kepada isteri beliau. Masa adik aku melafazkan akad, hati aku cukup gembira bercampur sayu. Ternyata, adik aku kini telah melangkah ke satu fasa yang baru dalam kehidupan. Selepas selesai akad nikah, adik aku terus melakukan solat syukur. Aku perhatikan dari jauh adik aku menitiskan air mata kesyukuran ketika dia membaca doa selepas solat. Terasa sebak juga hati aku masa tu. Aku terus menuju ke arah adik aku dan menenangkan dia. Mak serta kakak aku juga turut menitiskan air mata. Haisshhh!!!! sedihnya bila kenangkan balik kejadian tu. Tapi bila difikirkan semula, mengapa perlu bersedih ye tak?? Sepatutnya aku harus berasa gembira kerana telah menerima orang baru di dalam keluarga kami.

Pada keesokan harinya, persiapan untuk majlis persandingan dilakukan untuk saat2 terakhir. Adik aku segak berpakaian baju pengantin berwarna oren. Pada jam 1.00 petang, adik aku selamat disandingkan di atas pelamin yang cukup cantik. Happy gila aku tgk adik aku dengan adik ipar aku kat atas pelamin. Tiba2 berangan aku yang berada kat atas pelamin tu hahhahahahaha...

Jam 3 patang, rombongan kami telah bersedia untuk bergerak balik semula ke Negeri Sembilan. Masing-masing kekenyangan dan kepenatan hehehehehe.. Alhamdulillah, perjalanan pulang juga berjalan dengan lancar dan selamat. Kami tiba di Negeri Sembilan tepat jam 1.00 pagi.

Ok la.. penat la menaip.. Sampai sini je la dulu ek.. Akhir kata, semoga adik aku dan pasangan beliau menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan penuh kebahagiaan. Dugaan dan ranjau yang bakal dihadapi haruslah diatasi bersama-sama. Kepercayaan serta taat yang tidak berbelah bagi harus sentiasa digarapkan. Setialah terhadap perhubungan yang kalian benihkan. Jangan menyakiti antara satu sama lain.. Doa aku agar adik aku dan isteri beliau berbahagia sehingga ke akhir hayat..